“Ash nazg thrakatulûk agh burzum-ishi krimpatul.”

One Ring to rule them all, One Ring to find them, One Ring to bring them all, and in the darkness bind them!”

— J.R.R. Tolkien, THE HOBBIT (1937).

TERKINI: Lokasi sesi penggambaran bagi siri TV prekuel THE LORD OF THE RINGS telah diumumkan – New Zealand berjaya mengalahkan Scotland – untuk memenangi projek yang bakal membawa US$1.5 bilion kepada ekonomi negara kelahiran pengarah tersohor Peter Jackson!

Menjana Ekonomi New Zealand

Menurut Ketua Eksekutif New Zealand Film Commission (NZFC) Annabelle Sheehan, siri TV prekuel ini bakal mewujudkan pekerjaan bagi pelbagai vendor di seluruh New Zealand dan melibatkan pelbagai lokasi untuk penggambaran di beberapa daerah.

Fasa preproduksi untuk siri TV prekuel ini telah pun bermula sejak bulan Julai 2019 dan sesi penggambaran bakal bermula di Auckland, New Zealand di dalam beberapa bulan lagi.

“The scale of Amazon Studios’ series, based on ‘THE LORD OF THE RINGS will create significant economic benefits and employment opportunities. The New Zealand Film Commission along with the broader industry and New Zealand partners, welcome the opportunities Amazon Studios will bring.”

Kerry Prendergast, pengerusi New Zealand Film Commission (NZFC).

Tenaga Kreatif Amazon Studios

Untuk pembaca yang tidak arif, siri TV prekuel The Lord of the Rings ini diusahakan oleh Amazon Studios untuk pelantar penstriman Amazon Prime Videos di dalam suatu usahasama bersama Estet Amanah Tolkien, penerbit buku HarperCollins dan New Line Cinema, sebuah divisiyen di bawah Warner Bros. Entertainment.

“We knew we needed to find somewhere majestic, with pristine coasts, forests, and mountains, that also is a home to world-class sets, studios, and highly skilled and experienced craftspeople and other staff.”

J.D. Payne dan Patrick McKay, Penerbit Eksekutif THE LORD OF THE RINGS.

Fokus bagi siri TV prekuel The Lord of the Rings adalah The Second Age of Men. Di dalam mitologi Tolkien, The Second Age adalah zaman di mana 20 cincin yang dikenali sebagai The Rings of Power termasuk cincin The One Ring milik antagonis Sauron mula-mula dicipta.

Nampaknya siri TV ini yang diura-urakan mempunyai 20 episod setiap musim, akan menerokai asal usul pergolakan di dunia Middle-Earth sebelum terjadinya peristiwa di dalam trilogi filem THE HOBBIT (2012-2014) serta trilogi filem THE LORD OF THE RINGS (2001-2003).

Perjudian Amazon Untuk Mengalahkan Netflix

Pada tahun 2017, Amazon telah membayar US$250 juta kepada Estet Amanah Tolkien untuk mengalahkan Netflix bagi hak menghasilkan siri TV berkaitan dengan dunia Middle-Earth nukilan Bapa Kesusasteraan Genre Fantasi, J.R.R. Tolkien. Kos produksi untuk menghasilkan siri TV prekuel The Lord of the Rings selama 5 musim bakal memerlukan pelaburan lebih daripada US$1 bilion daripada Amazon Studios (US$200 juta/semusim).

“Three Rings for the Elven-kings under the sky,
Seven for the Dwarf-lords in their halls of stone,
Nine for Mortal Men doomed to die,
One for the Dark Lord on his dark throne
In the Land of Mordor where the Shadows lie.
One Ring to rule them all, One Ring to find them,
One Ring to bring them all, and in the darkness bind them,

Welcome to the Second Age.”

Sinopsis Awal Siri TV Prekuel THE LORD OF THE RINGS

#SoalanCepumas

Sebagai seorang peminat tegar siri trilogi filem THE HOBBIT (2012-2014) serta trilogi filem THE LORD OF THE RINGS (2001-2003), apakah yang anda harapkan untuk siri TV prekuel ini?

Kepulangan Sauron sebagai antagonis utama? Serta pihak Valar seperti Gandalf the Grey? Ataupun persekutuan pihak Elven (Elrond) dan manusia (Elendil)?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...