“What sorcery is this?? Wherever I go that accursed hammer follows!!
— Magneto, JOURNEY INTO MYSTERY #109, (Oktober 1964).
Hari ini kru Earth’s Mightiest Show membincangkan soalan cepumas daripada peminat tegar Marvel Comics – Bolehkah Magneto the Master of Magnetism mengangkat tukul mistik Mjolnir kepunyaan Thor the God of Thunder?
- KATA EDITOR MARVEL – Menurut editor legenda Tom Brevoort yang telah berkerja di Marvel Comics sejak tahun 1989 lagi, Magneto TIDAK BOLEH mengangkat Mjolnir langsung kerana dia ‘tidak layak’ menurut sumpahan Odin ke atas tukul mistik tersebut: “Whosoever holds this hammer, if he be worthy, shall posses the power of…Thor!”
- SANGKALAN TEORI FANBOY – Namun saluran Comic Drake di laman YouTube menyangkal jawapan editor Marvel Comics diatas, berdasarkan pengetahuan teori saintifiknya serta penampilan di halaman komik-komik Marvel setiap kali Magneto bertembung dengan tukul Mjolnir!
- TIDAK BOLEH! – Ketika pertembungan pertama di antara watak Magneto dengan tukul mistik Mjolnir di dalam halaman komik JOURNEY INTO MYSTERY #109 (Oktober 1964), kelihatan Magneto tidak boleh mengangkat Mjolnir langsung – hanya memanipulasikan arus pergerakannya ketika ia terbang.
- HAD MANIPULASI MAGNETO – 13 tahun kemudian di dalam halaman komik SUPER-VILLAIN TEAM-UP #14 (Oktober 1977), kelihatan Magneto bukan sahaja boleh memanipulasikan bijih besi Uru yang terkandung di dalam tukul mistik Mjolnir… namun juga bijih besi Adamantium di dalam perisai Captain America serta zirah besi berteknologi tinggi kepunyaan Iron Man!
- BOLEH?! – 45 tahun kemudian di halaman komik ULTIMATUM #3 (Januari 2009), Magneto kelihatan berjaya mengangkat dan menggunakan tukul mistik Mjolnir untuk menumpaskan adiwira-adiwira Marvel – dengan memanipulasikan tenaga magnetik disekeliling tukul mistik Mjolnir.
#Komen5KupangKu – Namun, ramai peminat tegar Marvel Comics berpendapat bahawa ini ‘tidak sah’ kerana peristiwa ini berlaku di dalam dimensi alternatif Marvel yang dinamakan – The Ultimate Universe – dan bukannya di dalam dimensi utama Marvel yang dikenali sebagai Earth-616!
#SoalanCepumas
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik Marvel Comics di:
- #TriviaKomik – Kesemua Rahsia HISTORY OF THE MARVEL UNIVERSE Didedahkan Februari 2020
- #TriviaKomik – Tahukah Anda Bahawa Komik STAR WARS Menyelamatkan MARVEL COMICS Daripada Muflis Pada 1977?
- #TriviaKomik – C2E22020: Komik THE RISE OF ULTRAMAN Bakal Diterbitkan Oleh MARVEL COMICS
- #TriviaKomik – Marvel Menyambut Ulangtahun Ke-80nya Dengan MARVEL COMICS #1000
- #TriviaKomik – Para Artis Komik Malaysia Mengkritik Rekacipta SUN BIRD Daripada MARVEL FUTURE FIGHT!
Apakah pendapat anda tentang keupayaan Magneto, Master of Magnetism untuk memanipulasikan tukul mistik Mjolnir kepunyaan Thor, God of Thunder?
Bincangkan.