The Age of Knowledge and Enlightenment has ended. The Age of Darkness has begun!

— Intro, The Horus Heresy: Betrayal At Calth 

TERKINI: Di dalam persediaan untuk New York Comic-Con hujung minggu ini, syarikat Marvel Entertainment dan Games Workshop mengumumkan kolaborasi untuk menerbitkan komik dan novel grafik bertemakan dunia WARHAMMER 40K dan WARHAMMER: AGE OF SIGMAR mulai musim luruh 2020 nanti.

WARHAMMER: Gabungan Fantasi Dan Sci-Fi

Untuk pembaca yang tidak arif, Warhammer yang mula-mula dikenali sebagai Warhammer Fantasy Battle ketika ia dilancarkan pada tahun 1983 adalah sebuah francais permainan mini tabletop yang menyulamkan pertempuran dahulu kala dengan genre sci-fi dan fantasi.

Barisan permainan Warhammer 340k dan Warhammer: Age of Sigmar yang dsiterbitkan oleh syarikat Games Workshop/
Dunia Warhammer 40,000 dan Warhammer: Age of Sigmar oleh Games Workshop

Dua barisan produk terkenal yang dihasilkan oleh Games Workshop adalah Warhammer 40,000 — berlatarkan kurun ke-41 yang mencampurkan pertempuran futuristik sci-fi dengan tema fantasi seperti iblis, sihir dan bunian — dan Warhammer: Age of Sigmar, yang menggantikan francais Fantasy Battle pada 2015 dan memaparkan mitologi konflik berterusan di antara lapan Mortal Realms.

“I can’t tell you how excited we are about diving into the depths of the expansive universes of WARHAMMER.

At Marvel, we’re no strangers to telling deeply character-focused tales set in an interconnected world of stories, and fans are going to love what we’re already starting to cook up with the Games Workshop team for the WARHAMMER comics.”

— Mark Basso, MARVEL COMICS EDITOR

BLACK LIBRARY: Mitologi Warhammer

Francais Warhammer 40,000 dan Warhammer: Age of Sigmar mempunyai mitologi yang luas diperbesarkan lagi melalui novel, buku audio dan novel grafik diterbitkan oleh Games Workshop di bawah jenama Black Library. Dengan kolaborasi ini, nampaknya Marvel akan mendalamkan lagi mitologi ini dengan gaya trademark mereka!

Barisan novel BLACK LIBRARY yang diterbitkan oleh Games Workshop.
Black Library oleh Games Workshop

Pengumuman kolaborasi ini sejurus selepas Marvel meluaskan jenis-jenis komik yang diterbitkannya baru-baru ini, dengan kolaborasi penerbitan dengan Conan Properties serta Lucasfilm untuk menghasilkan komik bertemakan Conan dan Star Wars.

#SoalanCepumas

Apakah pendapat anda tentang pengumuman kolaborasi ini? Kongsikan bersama kami subjek, hero ataupun lokasi daripada mitologi WARHAMMER yang anda berminat untuk diadaptasikan kepada halaman komik Marvel nanti!

9 Shares:
You May Also Like