“Once we’ve learned enough about the universe we will admit to ourselves that we will never know everything.”
― Jack Kirby, Marvel Comics Legend
Legasi Jack ‘The King’ Kirby!
Tanggal 28 Ogos menandakan harijadi kepada legenda terunggul industri komik Amerika Syarikat dan Bapa Inovasi Marvel Comics, Jack ‘The King’ Kirby yang mungkin berumur 102 tahun sekiranya dia masih hidup lagi pada hari ini.
Legasi Kirby yang tiada bandingan – daripada hasil seninya, kepada semangatnya untuk terus menginovasi dunia penulisan komik, serta watak-watak ciptaannya bersama Stan Lee – wujud sehingga zaman sekarang melalui pelbagai jenis media hiburan masa kini daripada komik kepada filem, siri televisyen, animasi, permainan video dan pelbagai lagi.
Satu daripada naskah komik terbaru yang diterbitkan oleh Marvel Comics minggu ini, MARVEL COMICS #1000 memberi penghormatan kepada legasi Jack Kirby sambil menyambut ulangtahun ke-80 syarikat Marvel Comics. Komik tebal yang mempunyai 80-muka surat ini memaparkan sumbangan gandingan 80 kumpulan pelukis dan penulis yang berlainan – daripada sejarah penerbitan 80 tahun syarikat ini.
“Jack Kirby is rightly remembered as one of the greatest artists the medium ever had. He was also one of the greatest writers. There was a poetry there, a window to some crackling liminal space where the words weren’t afraid to become a facet of the art. In this, as in many things, he was far ahead of his time — and ours.”
— Al Ewing, Penulis, MARVEL COMICS #1000
Warisan Penerbitan Selama 80 Tahun!
Pada 31 Oktober 1939, MARVEL COMICS #1 diterbitkan untuk pasaran komik Amerika Syarikat – yang membuka minda pembaca kepada Semesta Komik Marvel – sebuah dunia adiwira penuh dengan penceritaan unik yang memupuk budaya pop (“pop culture”) untuk pelbagai generasi peminat tegar sedunia. Dengan itu, syarikat Marvel Entertainment merancang untuk menyambut harijadinya dengan penerbitan MARVEL COMICS #1000 pada penghujung bulan Ogos 2019.
“Going back to Marvel’s inception in 1939, MARVEL COMICS #1 was the spark that led to the Marvel Universe we know today. As one of the most influential milestones in Marvel history, August 31 is the perfect day to officially honor Marvel’s birthday.”
Dan Buckley, Presiden, Marvel Entertainment
MARVEL COMICS #1000 memaparkan 80 cerita yang hanya sepanjang satu-muka surat – kesemuanya terikat bersama oleh sebuah elemen bernama ‘The Eternity Mask’ yang diilhamkan oleh penulis komik Al Ewing dengan bimbingan editor Tom Brevoort dan Alanna Smith. Komik ini menerokai sejarah Marvel yang belum pernah ditiriskan daripada permulaannya sehinggalah zaman sekarang – berakhir dengan intipan apa yang mungkin ditakdirkan untuk semesta komik Marvel pada masa hadapan.
There’s a mystery that threads through the Marvel Universe—one that has its origins in MARVEL COMICS (1939) #1—which unites a disparate array of heroes and villains throughout the decades!
What is The Eternity Mask, and who is responsible for the conspiracy to keep it hidden? And what new player will make their startling debut as these secrets are peeled away?
Featuring the entirety of the Marvel Universe of characters (as well as, seemingly, an entire universe of accomplished writers and artists), MARVEL COMICS #1000 is not to be missed!
Sinopsis MARVEL COMICS #1000
Sambutan Ulangtahun Ke-80 Marvel Comics Sedunia!
Syarikat Marvel Entertainment juga merancang untuk menyambut harijadinya dengan perayaan selama seminggu pada minggu terakhir bulan Ogos 2019 – penuh dengan acara di pelbagai kedai komik sedunia dan aktiviti seperti ekspo Marvel.
Kedai-kedai komik yang terlibat di seluruh dunia akan menghoskan acara harijadi Marvel Comics dan menawarkan edisi terbaru MARVEL UNIVERSE MAGAZINE secara percuma untuk pelanggan – yang memaparkan seni eksklusif dan konten disebalik tabir bagi komik-komik terbaru daripada Marvel untuk musim luruh ini! Di laman web pula Disney Store, Amazon, Box Lunch dan FYE akan menawarkan barangan eksklusif, tawaran istimewa, hadiah cabutan bertuah dan lain-lain.
Di Malaysia, sambutan ulangtahun ke-80 tahun Marvel Comics kelihatan di dalam bentuk kerjasama bersama Pos Malaysia untuk menghasilkan sebuah set folder setem Ulangtahun Ke-80 Marvel Comics edisi terhad:
#SoalanCepumas
Sempena ulangtahun ke-80 Marvel Comics, sudahkah anda mendapat MARVEL COMICS #1000 daripada The Last Comic Shop – Malaysia ataupun set folder setem Ulangtahun Ke-80 Marvel Comics edisi terhad daripada Pos Malaysia?
Bagaimanakah anda menyambut ulangtahun ke-80 Marvel Comics dengan cara anda yang tersendiri?
Bincangkan.