“MS. MARVEL will be entirely interwoven with both the current MCU, the past MCU, and the future of the MCU!”
— Kevin Feige, D23 Expo, (2019).
Hollywood, 1 Oktober 2020 — Selepas sebuah proses pencarian yang panjang dan sukar, Marvel Studios akhirnya mengumumkan bintang utamanya bagi projek MS. MARVEL. Sejak pengumuman siri TV Disney+ ini di Ekspo D23 pada bulan Ogos 2019, peminat tegar MS. MARVEL menunggu-nunggu siapakah yang bakal menghidupkan adiwira Muslim pertama Marvel Comics!
- FROM ZERO TO HERO – Menurut laman Deadline.com, pelakon baru Iman Vellani bakal menyertai MCU sebagai bintang utama siri TV Disney+ MS. MARVEL. Bakat muda kelahiran Ontario, Kanada (2002) ini mempunyai ibu bapa imigran yang berasal daripada Pakistan dan belum pernah berlakon di dalam mana-mana produksi Hollywood sebelum ini!
Sebelum dipilih untuk membintangi MS. MARVEL, Vellani terlibat dengan dunia seni secara tidak langsung – sebagai ahli TIFF Next Wave Committee di acara 2019 Toronto International Film Festival yang ditugaskan untuk menambahkan tag nama istimewa kepada filem-filem yang disiarkan di TIFF 2019 yang boleh memberi kesan kepada penonton-penonton muda sebaya mereka.
- STELLAR DIRECTORS! – Produksi MS. MARVEL dipimpin oleh barisan pengarah berwibawa penuh penghormatan seperti:
- Sharmeen Obaid-Chinoy – pemenang 2 anugerah Oscars bagi filem pendek,
- Meera Menon – pengarah veteran siri-siri TV bergenre Pop Culture seperti The Walking Dead, The Punisher dan Titans,
- dan Adil El Arbi & Bilall Fallah – duo pengarah filem blokbuster terlaris Hollywood sedunia 2020 – Bad Boys for Life).
- FIRST APPEARANCE – Untuk pembaca yang tidak arif, penampilan pertama watak MS. MARVEL adalah di dalam isu komik CAPTAIN MARVEL #14 (Ogos 2013) daripada Marvel Comics, yang kemudiannya diterbitkan dalam siri komik MS. MARVEL #1 mulai Februari 2014.
MS. MARVEL a.k.a. Kamala Khan merupakan watak adiwira Muslim pertama di Marvel Comics yang mempunyai siri komik solonya tersendiri telah dicipta oleh editor (berketurunan Pakistan) Sana Amanat dan Stephen Wacker, penulis (kulit putih yang memeluk agama Islam) G. Willow Wilson, serta artis Adrian Alphona dan Jamie McKelvie.
Siri komik ini yang pada mulanya difikirkan oleh penulis G. Willow Wilson hanya akan bertahan selama beberapa isu, telah berjaya mendapat perhatian pembaca wanita Generasi Z – ditarafkan selama beberapa minggu di New York Times Best Sellers List dan akhirnya memenangi anugerah Hugo Award dalam kategori ‘Best Graphic Story (2015)’.
- MARVEL’S 1ST MUSLIM SUPERHERO – Watak MS. MARVEL a.k.a. Kamala Khan merupakan seorang remaja Pakistani-American daripada New Jersey, yang akan menjadi adiwira Muslim pertama bagi MCU dan Marvel Studios!
“I was telling Marvel Comics editor Stephen [Wacker] some crazy anecdote about my childhood, growing up as a Muslim American. He found it hilarious! MS. MARVEL came from my desire to explore the Muslim-American diaspora from an authentic perspective!”
Asal-usul watak komik MS. MARVEL di Marvel Comics menurut editor Sana Amanat
- LIGHTS, CAMERA, ACTION! – Produksi siri TV Disney+ MS. MARVEL bakal memulakan sesi penggambarannya pada bulan November 2020 dengan pelan ia akan berakhir seawal bulan Mac 2021.
#Komen5KupangKu – Sebagai satu daripada watak Marvel Comics terbaru yang berjaya menawan imaginasi pembaca komik daripada Generasi Z, aku berminat untuk memerhati jika adaptasi Disney+ ini akan berjaya menarik perhatian penonton umum yang belum pernah berinteraksi dengan MCU dan Marvel Studios!
Poster & Sinopsis Siri TV MS. MARVEL
“New Jersey-raised Kamala Khan learns she has polymorphous powers!”
Sinopsis Awal Siri TV Disney+ MS. MARVEL
#SoalanCepumas
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik MS. MARVEL serta MCU Phase 4 di:
- Para Pengarah Siri TV Disney+ MS. MARVEL Penuh Bakat Dan Penghormatan
- 5 Persoalan Penting Tentang MCU PHASE 4 (2020-2022) // BUZZPOP HARI INI
- Parlimen Marvel Studios: Rahsia Disebalik Kejayaan Marvel Studios
- #TriviaKomik – Tahukah Anda Asal-Usul Sebenar CAPTAIN MARVEL?
- #TriviaKomik – Tahukah Anda Asal Usul Rekaan Sut CAPTAIN MARVEL?
Apakah harapan anda untuk adaptasi adiwira Muslim pertama MCU, MS. MARVEL di Disney+ nanti? 🤔
Bincangkan.
(Sumber: @DEADLINE| http://bit.ly/3cILnfD)