“I’m gonna steal the Declaration of Independence!”

— Benjamin Franklin Gates, NATIONAL TREASURE, (2004).

Menurut wawancara eksklusif laman Collider.com bersama penerbit tersohor era 1990-an Jerry Bruckheimer, francais NATIONAL TREASURE bakal diberikan nafas baru dengan dua projek yang kini di dalam produksi – filem National Treasure 3 serta sebuah siri TV Disney+:

  • RUMUSAN FRANCAIS INI – Untuk pembaca yang tidak arif, filem National Treasure (2004) dan National Treasure: Book of Secrets (2007) yang kedua-duanya diarahkan oleh sutradara John Turtletaub, mengisahkan pengembaraan pakar sejarah dan pencuri artifak Benjamin Franklin Gates (lakonan Nicolas Cage) menyelesaikan kes-kes disebalik tabir sejarah Amerika Syarikat yang belum diselesaikan.
Nicolas Cage – Tunggak Utama Francais NATIONAL TREASURE | Disney
  • MENCUNGKIL BAKAT BARU – Menurut Bruckheimer siri TV Disney+ ini akan memaparkan barisan pelakon muda: “We’re certainly working on one [National Treasure] for streaming and we’re working on one for the big screen. Hopefully, they’ll both come together and we’ll bring you another National Treasure, but they’re both very active….The one for Disney+ is a much younger cast. It’s the same concept but a young cast. The one for theatrical would be the same cast.”
  • TURTLETAUB KEMBALI! – Filem National Treasure 3 pula akan diarahkan oleh Jon Turtletaub (The Meg, Cool Runnings) kembali manakala skripnya kini sedang diusahakan oleh penulis Chris Bremner (Bad Boys For Life) sejak bulan Januari 2020 lagi.
Barisan Pelakon Utama Francais NATIONAL TREASURE | Disney
  • TV VS. FILEM – Bruckheimer menambah bahawa siri TV Disney+ NATIONAL TREASURE lebih maju berbanding filem di dalam fasa pra-produksinya: “The film version is being written right now. The television version is in process. We have a pilot script done and an outline of the future episodes.”
  • #Komen5KupangKu – Persoalan utama aku adalah sama ada siri TV Disney+ nanti akan berjaya tanpa barisan pelakon asal francais ini? Kejayaan francais NATIONAL TREASURE setakat ini bergantung di atas tunggak utamanya – pelakon Nicolas Cage yang tanpa segan silu rela berlakon ‘komedik’ sambil menjalankan babak-babak aksi yang padu. Moga-moga Cage akan membuatkan penampilan kameo di dalam episod pertama siri NATIONAL TREASURE nanti sebagai mentor kepada generasi baru ini!

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan pelantar penstriman Disney+ di:

Apakah pendapat anda tentang pengumuman penutup trilogi filem NATIONAL TREASURE diterajui Nicolas Cage serta siri TV Disney+ yang akan menonjolkan barisan pelakon baru?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...