“It was a dark, blustery afternoon in spring, and the city of London was chasing a small mining town across the dried-out bed of the old North Sea.”

— Phillip Reeve, MORTAL ENGINES, (2001).

Khas dari lantai konvensyen NEW YORK COMIC-CON, sepuluh featurette eksklusif tentang watak-watak dan disebalik tabir produksi filem MORTAL ENGINES tertiris ketika panelnya di NYCC 2018 – menonjolkan aksi post-apocalyptic dystopia penuh dengan babak-babak steampunk!

Watak Heroin Utama, HESTER SHAW
Watak Hero Utama, TOM NATSWORTHY
Watak Sampingan, ANNA FANG
Watak Antagonis, THADDEUS VALENTINE

Adaptasi ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh barisan penulis dan pemenang Oscars dari saga The Lord of the Rings – Peter Jackson, Fran Walsh dan Philippa Boyens – serta diarah oleh storyboard artist dan anak didik Peter Jackson selama 25 tahun – direktor baru bernama Christian Rivers.

Poster Dan Sinopsis MORTAL ENGINES

Filem MORTAL ENGINES di inspirasikan oleh siri novel ‘young adult’ dari penulis tersohor, Philip Reeve – empat buku kesemuanya (‘Mortal Engines’, ‘Predators Gold’, ‘Infernal Devices’, ‘A Darkling Plain’) yang ditulis dari tahun 2001-2006.

1,700 tahun selepas ‘Peperangan 60 Minit’, ekosistem dunia baru ini berlandaskan teknologi steampunk dan prinsip ‘Municipal Darwinism’ – dimana bandar mobil ‘memakan’ pekan-pekan kecilan untuk menjadi metropolis yang besar, gagah dan memonopoli sumber galian yang tinggal di bumi.

Sinopsis Filem MORTAL ENGINES

Filem MORTAL ENGINES bakal menemui anda di pawagam seluruh Malaysia pada 13 Disember 2018.

#NewYorkComicCon #MortalEngines #CharacterFeaturette #OfficialTrailer #BuzzPopTV

(Sumber: @mortal_engines)

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...