“Accept this vow, then: If I must drink blood, let it be the blood of the corrupt — of those who deserve to die. The blood of the guilty.”

— Michael Morbius, MORBIUS, (Earth-616).

TERKINI: Pandang pertama pelakon Jared Leto sebagai watak MORBIUS, THE LIVING VAMPIRE telah ditiriskan di laman Twitter oleh akaun pengguna Emre Kaya (@Vullein).

Filem adiwira Sony yang pertama untuk tahun 2020 akan memaparkan pelakon Jared Leto sebagai watak MORBIUS, THE LIVING VAMPIRE – yang mula-mula tampil di persada Marvel Comics di dalam isu The Amazing Spider-Man #101.

Pandang Pertama MORBIUS

Filem MORBIUS mengisahkan tentang seorang saintis bernama Michael Morbius yang sedang mencari penawar untuk penyakit darah genetik yang berlaku di dalam dirinya – sebelum terjerumus ke jurang vampirisme!

Asal-usul ini seiras dengan motivasi wataknya di dalam komik dan kebanyakkan penjahat-penjahat Spider-Man yang cuba mencari penawar untuk diri sendiri – sebelum malapetaka saintifik membawa mereka ke kancah penjenayahan.

Amazing Spider-Man Vol. 1 #101

Walaubagaimanapun, MORBIUS berlainan daripada penjahat-penjahat Spider-Man yang lain, kerana dia adalah seorang anti-hero – si mangsa keadaan dan bukannya ejen kejahatan.

Menurut sumber FandomWire.com, treler rasmi pertama MORBIUS bakal ditularkan pada 13 Januari 2020, pukul 10:00PM waktu Malaysia.

#SoalanCepumas

Filem MORBIUS bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 30 Julai 2020. Apakah harapan anda untuk filem anti-hero kedua daripada Sony Pictures yang berlatarkan dunia Spider-Verse ini?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...