Majalah EW menonjolkan pandang pertama untuk ahli-ahli TITANSBeast Boy, Raven, Nightwing dan Starfire – yang terkumpul untuk julung kalinya di penghujung episod pilot siri tv servis penstriman DC UNIVERSE ini!

Portal IGN.com juga mentiriskan pandang pertama untuk watak Robin versi Jason Todd malam semalam di Twitter.

Nampaknya dalam siri tv TITANS nanti, Jason Todd/Robin masih hidup dan belum menemui ajalnya ditangan Joker seperti arka cerita ‘Batman: Death In The Family’ dalam komik Batman #426–429 (1988).

#SoalanCepumas – Dengan kemunculan Jason Todd/Robin, adakah ini bermaksud bahawa ahli-ahli TEEN TITANS zaman 1980-an yang klasik seperti Kid Flash (Wally West), Wonder Girl (Donna Troy) dan Cyborg bakal menjelma juga dalam musim pertama siri tv TITANS nanti?

Bincangkan.

#Titans #TVseries #DCUniverse #OnlineDigitalPlatform #BuzzPopTV

(Sumber: @EW @IGN @TheDCUniverse)

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...