Pelakon Chris Evans mentularkan melalui Twitter wajahnya ketika sesi penggambaran kembali AVENGERS 4 yang sedang dijalankan di Atlanta, Georgia.

Tweet Evans disertakan bersama keterangan “Senior Year” dan hashtag #A4.

Jelas kelihatan bahawa watak Steve Rogers telah mengabaikan rambut panjang dan janggut gaya ‘Nomad’nya dalam sekuel AVENGERS: INFINITY WAR ini dan kembali kepada kelibat terurusnya sebagai seorang askar veteran terkuat di seluruh dunia.

Filem AVENGERS 4 bakal menemui anda di pawagam seluruh Malaysia pada 2 Mei 2019.

#Avengers4 #Reshoots #CaptainAmerica #CleanLook #BuzzPopTV

(Sumber: @ChrisEvans)

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...