Sejurus selepas AQUAMAN menyahut cabaran #10YearChallenge pada 15 Januari 2019, Marvel Studios juga menyambungkan trend ini pada 18 Januari dengan #10YearChallenge mereka tersendiri yang merupakan retrospektif perjalanan watak-watak MCU selama 10 tahun ia wujud di persada perfileman Hollywood. Sampai DEADPOOL pun terikut-ikut jugak nak menyahut cabaran #10YearChallenge, beb…
Kini, pelakon Patrick Wilson yang memainkan watak King Orm dalam filem AQUAMAN pula turun padang dan menyahut cabaran ini – dengan inovasi #30YearChallengenya yang tersendiri –
Tahniah kepada filem AQUAMAN kerana berjaya merangkul takhta ‘Filem DC/WB Yang Paling Berjaya Di Pasaran Box Office Sedunia’ ! Moga-moga sekuel AQUAMAN 2 nanti akan memecahkan pasaran box office sedunia juga dengan cerita menarik dan arahan sutradara James Wan yang bernas!
(Sumber: @patrickwilson73)