“Just shut the fuck up dude! I’m trying to like…find something REAL!!!”
— Joaquin Phoenix, JOKER (2019).
TERKINI: Pelakon Joaquin Phoenix terkilan apabila babak disebalik tabir filem JOKER tertiris ketika sesi wawancara di rancangan televisyen LIVE WITH JIMMY KIMMEL yang memaparkan Phoenix bertikam lidah dengan krew produksi serta pengarah Todd Phillips!
Menurut majalah Entertainment Weekly, pegawai publisiti Phoenix mengesahkan bahawa babak disebalik tabir ini sekadar sebuah ‘joke outtake’ diantara pelakon Phoenix dengan sinematografer JOKER, Lawrence Sher (Larry).
“I know you started the [bleep] Cher thing, Larry. [Bleep] making fun of me. Like I’m a [bleep] diva. It’s not even an insult. Cher, really? Singer, actor, dancer, fashion icon — how’s that a [bleep] insult?”
— Joaquin Phoenix, JOKER (2019).
#Komen5KupangKu
Apa yang disangkakan mirip bagaikan insiden pelakon Christian Bale yang bertikam lidah dengan krew disebalik tabir filem TERMINATOR: SALVATION (2009) rupa-rupanya sekadar satu publicity stunt daripada kem Phoenix….
Pandai betul Phoenix bermain dengan sentimen penonton di Amerika Syarikat dan kitaran berita 24-jam yang sememangnya dahagakan kontroversi ‘buat-buat’ sebegini!
(Sumber: @TheSharrayShow)