Menurut pengarah tersohor Christopher Nolan, dia mengasaskan peranan setiap watak di dalam kumpulan penjenayah daripada filem INCEPTION berdasarkan peranan-peranan yang terlibat di dalam sebuah produksi filem di Hollywood –
Dominick Cobb lakonan Leonardo DiCaprio adalah Pengarah (Director).
Arthur lakonan Joseph Gordon-Levitt adalah Penerbit (Producer).
Ariadne lakonan Ellen Page memegang peranan Pereka Produksi (Production Designer).
Zak Eames lakonan Tom Hardy memegang peranan si Pelakon (Actor).
Manakala Saito lakonan Ken Watanabe berperanan sebagai Studio yang membiayai kesemua kehendak produksi, dan Robert Fischer berperanan sebagai Penonton (Audience).
#SoalanCepumas – Adakah ini bermaksud bahawa Mal berperanan sebagai Pengkritik (Online Critics) berdasarkan dunia perfileman zaman sekarang? XP
Bincangkan.