Adakah anda perasan atau tidak #EasterEgg tersirat di dalam filem AQUAMAN tempoh hari? Sutradara James Wan yang mengarah kedua-dua filem ini berjaya menyelitkan kameo ANNABELLE di dalam dua babak daripada AQUAMAN –
(1) Ketika Mera dan Arthur mencari kapal Atlantean kepunyaan Mera yang tersorok dikalangan kontena-kontena dan sampah sarap di dasar laut – untuk bertolak ke kota Atlantis.
(2) Ketika pertemuan Arthur dan Mera bersama Vulko untuk kali pertama di dalam kapal karam di dasar kota Atlantis lama.
#SoalanCepumas – Adakah ini bermaksud bahawa DC Extended Universe dan The Conjuring Cinematic Universe sebenarnya berkait? Bagaimanakah patung Annabelle keluar daripada kotak berkuncinya? Siapakah yang membuang Annabelle ke dasar laut? Adakah Ed Warren sebenarnya Putera Raja Orm? Adakah syaitan yang menginapi patung Annabelle akan berleluasa di Atlantis nanti?
Bincangkan.
(Sumber: @ScreenRant)