Sempena treler kedua GLASS ditularkan poster-poster terbaru daripada New York Comic-Con dan San Diego Comic-Con tahun ini menonjolkan peranan masing-masing dalam penutup tirai trilogi ini – Elijah ‘Mastermind’ Glass, David ‘Overseer’ Dunn dan Kevin ‘Beast’ Crumb.
Mulanya dengan UNBREAKABLE (2000), kemudian disambung dengan SPLIT (2016)…akhirnya trilogi M. Night Shyamalan-verse bakal lengkap dengan terbitnya sekuel berjudul GLASS (2019) pada 17 Jan 2019.
Selepas 19 tahun dalam perancangan, adakah filem ini bakal membawa kejayaan di box office kembali kepada pengarah M. Night Shyamalan?
#Glass #OfficialPosters #Trilogy #MNightShyamalan #BuzzPopTV
(Sumber: @GlassMovie)