Pelakon Tom Holland telah berkongsi melalui laman Instagramnya tiga poster terbaru daripada filem SPIDER-MAN: FAR FROM HOME menonjolkan tiga lokasi utama di Eropah untuk sekuel yang dinantikan ramai ini – Venice, Italy; London, Great Britain dan Berlin, Germany – di mana watak Peter Parker bercuti musim panas bersama sahabat handainya dari sekolah menengah!
“Peter Parker returns in SPIDER-MAN: FAR FROM HOME, the next chapter of the SPIDER-MAN: HOMECOMING series! Our Friendly Neighborhood Super Hero decides to join his best friends Ned, MJ, and the rest of the gang on a European vacation.
However, Peter’s plan to leave super heroics behind for a few weeks are quickly scrapped when he begrudgingly agrees to help Nick Fury uncover the mystery of several elemental creature attacks, creating havoc across the continent!”
Sinopsis SPIDER-MAN: FAR FROM HOME
Pengarah asal SPIDER-MAN: HOMECOMING, Jon Watts kembali untuk menjayakan sekuel ini, manakala pelakon Tom Holland (yang kini hampas debu di penghujung AVENGERS: INFINITY WAR) juga pulang sebagai Spider-Man. Barisan pelakon sampingan yang juga pulang untuk sekuel ini adalah Michael Keaton sebagai ‘The Vulture’, Zendaya sebagai Michelle (MJ) dan Marisa Tomei sebagai Aunt May.
Pelakon Cobie Smulders dan Samuel L. Jackson juga telah disahkan akan membuat kameo untuk filem ini sebagai ejen S.H.I.E.L.D Maria Hill dan Director Nick Fury. Pelakon Jake Gyllenhaal akan memainkan watak antagonis utama, Mysterio – walaupun berita setakat ini mengatakan bahawa dia akan menjadi sekutu Spidey yang menolongnya menumpaskan anasir jahat di Eropah nanti.
Filem SPIDER-MAN: FAR FROM HOME bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 4 Julai 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik MCU di www.buzzpop.tv!