“Power Spheres are high-tech robots carrying powers unimaginable. Coveted by many, these robots fled and hid themselves in various parts of the galaxy. One by one, Power Spheras have been hunted down and captured by those with ill intent. And now, their powers are used to wreak havoc and destruction throughout the universe. This is the tale of Earth’s superhero, BoBoiBoy and his quest to save the Power Spheras while defendong our galaxy!”

— BOBOIBOY GALAXY, (2016-2018).

KUALA LUMPUR, 26 Februari 2020 – Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA, Nizam Abd Razak telah melancarkan siri komik bulanan KOMIK BOBOIBOY GALAXY MUSIM 2 yang menandakan permulaan kepada POWER SPHERA UNIVERSE – sebuah shared universe yang akan menggabungkan pelbagai harta intelek studio ini – daripada BOBOIBOY kepada MECHAMATO serta adiwira-adiwira baru yang bakal muncul di masa hadapan!

  • Siri komik BOBOIBOY GALAXY MUSIM 2 akan mengikuti pengembaraan BoBoiBoy selepas kemuncak finale filem BOBOIBOY MOVIE 2.
Pelancaran KOMIK BOBOIBOY GALAXY MUSIM 2 – permulaan POWER SPHERA UNIVERSE!
  • Pengembaraan BoBoiBoy dan rakan-rakannya berterusan untuk mendapatkan kuasa elemental baru serta berhadapan dengan musuh-musuh baru yang menggerunkan.
Muka Depan KOMIK BOBOIBOY GALAXY MUSIM 2
  • Setiap isu komik BOBOIBOY GALAXY MUSIM 2 akan dihiasi dengan 48 muka surat ilustrasi penuh warna yang dilukis oleh krew komik MONSTA terdiri daripada 5 artis tempatan.
Tandatangan Nizam Razak dan 5 Artis KOMIK BOBOIBOY GALAXY MUSIM 2
  • Komik BOBOIBOY GALAXY MUSIM 2 akan dipasarkan di pelbagai rangkaian kedai serbaneka, kedai buku dan platform-platform atas talian bermula 16 Mac 2020.
<SPOILERSSSS!!!>
  • Mulai bulan Mei 2020, komik bulanan ini juga akan dipasarkan di negara-negara Asia Tenggara dalam bentuk fizikal dan digital bagi memenuhi sambutan yang menggalakkan daripada peminat antarabangsa.

#Komen5KupangKu – Aku rasa amat teruja apabila KOMIK BOBOIBOY GALAXY MUSIM 2 diumumkan sebagai permulaan kepada POWER SPHERA UNIVERSE – sebuah shared universe yang akan menggabungkan pelbagai harta intelek studio MONSTA daripada BOBOIBOY kepada MECHAMATO serta banyak lagi adiwira!

Muka Belakang KOMIK BOBOIBOY GALAXY MUSIM 2

Jika Indonesia mempunyai syarikat BUMILANGIT yang memartabatkan watak-watak komik retro Indonesia seperti GUNDALA daripada zaman 1950-an untuk seluruh generasi baru; kini di Malaysia, MONSTA pula muncul dengan POWER SPHERA UNIVERSE dan pelan untuk melancarkan komik fizikal serta digital bagi keseluruhan generasi baru di Malaysia…

MAJULAH FANDOM UNTUK NEGARA!

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...