Pandang pertama daripada episod ketiga musim terakhir GAME OF THRONES menonjolkan ‘The Battle of Winterfell’ sebuah peperangan epik di antara The Night King dan White Walkersnya dengan gabungan rumah-rumah Westeros (House Stark, House Targaryen, askar Ironborn, askar Unsullied, para Knight of the Vale, klan Wildling, the Night’s Watch serta gerombolan Dothraki). Selepas dua episod penuh dengan babak-babak ‘character development’, sudah tiba masanya untuk aksi-aksi epik yang biasa dikaitkan dengan siri TV ini!

‘The Battle of Winterfell’ akan memaparkan babak-babak peperangan terpanjang di dalam sejarah TV dan perfileman di Hollywood – dengan bilangan watak-watak terbanyak sejak episod pertama GAME OF THRONES. Sesi penggambaran untuk episod ini sahaja telah mengambil masa selama 55 malam berterusan – satu rekod baru di Hollywood yang tidak mungkin ditandingi di dalam waktu terdekat ini.

Pengarah Miguel Sapochnik yang pernah mengarah episod-episod klasik seperti ‘Hardhome’ (S05E08), ‘The Battle of the Bastards’ (S06E09) dan ‘The Winds of Winter’ (S06E10) menjanjikan sebuah episod yang lebih panjang daripada babak peperangan ‘Siege of Helm’s Deep’ daripada filem THE LORD OF THE RINGS: THE TWO TOWERS!

George R.R. Martin’s best-selling book series “A Song of Ice and Fire” depicts two powerful families — kings and queens, knights and renegades, liars and honest men — all playing a deadly game for control of the Seven Kingdoms of Westeros, and to sit atop the Iron Throne. Winter is coming.

Sinopsis Siri TV GAME OF THRONES

Episod ketiga musim terakhir GAME OF THRONES akan disiarkan melalui pelantar penstriman HBO NOW pada pukul 9:00AM di hari Isnin, 29 April 2019.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...