Prolog untuk ‘crossover’ siri tv ARROW, THE FLASH dan SUPERGIRL tahun ini yang berjudul ELSEWORLDS ditularkan pada penghujung episod SUPERGIRL minggu ini.

https://youtu.be/hoPCbtJuF-k

Babak pembukaan ini menonjolkan ‘Earth-90‘, dunia THE FLASH versi siri tv zaman ’90-an yang telah diporak-perandakan oleh anasir jahat The Monitor – antagonis untuk ‘crossover’ tahun ini!

Kelihatan juga diantara kemusnahan tersebut kelibat mayat Green Arrow daripada siri tv SMALLVILLE.

Crossover siri tv Arrowverse yang melibatkan ARROW, THE FLASH dan SUPERGIRL akan disiarkan di saluran CW daripada 9 sehingga 11 Disember 2018.

#SoalanCepumas – Adakah Ollie Queen dan Barry Allen akan berjaya berganding bahu bersama Kara Zor-El untuk menumpaskan The Monitor nanti?

Bincangkan.

#Elseworlds #ArrowverseCrossover #OpeningPrologue #TheCW #BuzzPopTV

(Sumber: @TheCW)

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...