“We try to keep audiences coming back in greater numbers by doing the unexpected and not simply following a pattern or a mold or a formula!”
— Kevin Feige, THE INFINITY SAGA, (2008-2019).
Penerbit Kreatif dari Marvel Studios, Jonathan Schwartz dan Victoria Alonso mendedahkan bagaimana anak syarikat Disney ini mencipta kejayaan di pasaran box office sedunia berkali-kali. Menggunakan filem Captain Marvel sebagai contoh, mereka membincangkan setiap aspek produksi Marvel Cinematic Universe (MCU) – daripada fasa penulisan dan pemilihan pelakon kepada sesi penggambaran, pasca-produksi dan pemasaran.
- Bab-bab penting di dalam featurette ini (minit dan saat):
- 0:45 DEVELOPMENT – Fasa adaptasi watak Marvel Comics menjadi MCU.
- 3:30 WRITING – Penulisan MCU hanya berakhir apabila filem diterbitkan!
- 5:15 DIRECTOR & CAST – Pemilihan bintang MCU yang seterusnya…
- 7:25 GREEN LIGHT! – Apabila Disney merestui bajet projek tersebut.
- 8:50 PRODUCTION – Pemantauan penerbit Marvel Studios Parliament.
- 13:25 POST-PRODUCTION – Proses pra-tayangan untuk membaiki filem.
- 15:45 RELEASE – World Premiere dan tayangan seluruh dunia.
#Komen5KupangKu – Selepas THE INFINITY SAGA berakhir dengan filem ke-23nya SPIDER-MAN: FAR FROM HOME pada bulan Jun 2019… ini adalah tempoh terpanjang di antara filem MCU! Wabak pandemik Covid-19 sedikit sebanyak memainkan peranan besar di dalam menyebabkan penangguhan filem BLACK WIDOW ke pawagam…
Namun dengan pelan besar Kevin Feige untuk Fasa Keempat MCU yang terdiri daripada 14 projek (6 filem dan 8 siri TV Disney+) di dalam tempoh hanya 3 tahun – jarak 13 bulan tanpa apa-apa projek MCU ini hanyalah sekadar awan mendung sebelum tsunami menimpa…
#SoalanCepumas
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik Marvel Studios serta Marvel Cinematic Universe di:
- 5 Persoalan Penting Tentang MCU PHASE 4 (2020-2022)
- #TriviaTV – 20 Imej Siri TV Fasa Keempat MCU Di Disney+
- #TriviaFilem – Sinopsis THE ETERNALS Dedahkan Anasir Jahat Baru Di MCU
- #TriviaKomik – Temui Antagonis Utama Filem BLACK WIDOW – TASKMASTER!
- #TriviaKomik – Temui U.S. AGENT Daripada Siri TV Disney+ THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER
Di antara 23 filem Marvel Studios (Marvel Cinematic Universe Phase 1-3) yang melengkapkan The Infinity Saga, manakah filem yang anda paling minati?
Bincangkan.