“How do you protect him from the world? First, never take your eyes off of him; his powers can be unpredictable.”

— Nicole, RAISING DION (2019).

Empat tahun lepas, buku komik penulis Dennis Liu yang berjudul RAISING DION mula menceritakan tentang seorang ibu berkulit hitam yang cuba sedaya upaya untuk membesarkan anak lelakinya – Dion – sambil merahsiakan kuasa yang baru dimilikinya. Kini buku komik ini telah diadaptasikan menjadi filem yang diterbitkan dan dibintangi oleh Michael B. Jordan di pelantar penstriman Netflix.

Treler di bawah memperkenalkan watak Nicole (Alisha Wainwright), yang masih bersedih hati selepas kematian suaminya (yang dimainkan oleh Michael B. Jordan) – yang sentiasa berkata-kata bahawa anak sulung mereka Dion (Ja’siah Young) akan membesar menjadi seorang yang ‘istimewa’ suatu hari nanti!

Daripada treler di atas, jelas sekali bahawa Dion mula mempamerkan kuasa-kuasa istimewa seperti teleportasi, telekinesis dan pemantulan kuasa kilat. Apakah kesinambungan ribut yang berkaitan dengan kehilangan ayah Dion? Adakah kerajaan akan menculik Dion daripada ibunya Nicole? Dapatkah Dion mengatasi malapetaka dan mengawal kuasa-kuasa istimewanya?

Have you ever wondered what it’s like to raise a superhero? RAISING DION follows the everyday life of a single black mother raising a son laden with superhuman abilities. Written, directed and based on the comic book by Dennis Liu, Dion’s mother struggles to teach and protect her seven-year-old son from a world that sees him as a threat.

Secrets, conspiracies, mysteries, all dangerously swarming around one family…

Sinopsis RAISING DION

Siri televisyen RAISING DION adaptasi buku komik yang diterbitkan oleh Michael B. Jordan bakal disiarkan melalui pelantar penstriman Netflix mulai 4 Oktober 2019.

(Sumber: @RaisingDion)

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...