“For the first time in its 50-year history, with deep regret there will be no COMIC-CON in 2020.”
— COMIC-CON INTERNATIONAL, (2020).
Syarikat Comic-Con International (CCI) mengesahkan bahawa SAN DIEGO COMIC-CON (SDCC) 2020, satu-satunya konvensyen komik terbesar di dunia telah dibatalkan kerana wabak pandemik Covid-19 (Coronavirus):
- SDCC secara purata menarik 135,000 peserta (2016-2018) setiap tahun dan mengubah bandar San Diego menjadi pusat pop-culture sedunia selama 4 hari setiap bulan Julai – bakal kembali tahun depan pada 22-25 Julai 2021.
“Recognizing that countless attendees save and plan for its conventions each year, and how many exhibitors and stakeholders rely upon its events for a major portion of their livelihood, they had hoped to delay this decision in anticipation that COVID-19 concerns might lessen by summer.
Continuous monitoring of health advisories and recent statements by the Governor of California have made it clear that it would not be safe to move forward with plans for this year.”
Kenyataan Rasmi, COMIC-CON INTERNATIONAL, (2020)
- CCI cuba menangguhkan keputusan rasmi ini dengan harapan bahawa krisis Coronavirus di Amerika Syarikat akan berubah mulai musim panas, namun apabila pihak berkuasa California mengesahkan bahawa sekatan negeri untuk perhimpunan besar akan berterusan sehingga ke musim panas – CCI terpaksa mengakui bahawa acara sebesar SDCC tidak akan dapat diteruskan.
- Kesemua peserta yang memegang tiket tahun ini akan menerima e-mel minggu depan dengan arahan bagaimana untuk mendapat bayaran balik ataupun memindahkan tiket mereka untuk acara SDCC 2021.
“Extraordinary times require extraordinary measures and while we are saddened to take this action, we know it’s the right decision. We eagerly look forward to the time when we can all meet again and share in the community we all love and enjoy.”
David Glanzer, COMIC-CON INTERNATIONAL, (2020)
- Walaupun SDCC bermula pada tahun 1970 sebagai sebuah acara untuk meraikan industri komik Amerika Syarikat, namun ia telah melalui evolusi sejak 2008 menjadi sebuah pameran pop culture masa kini – termasuk industri permainan, siri TV dan filem. Studio-studio Hollywood terutamanya menggunakan Dewan H di SDCC setiap tahun sebagai pelantar untuk mempromosikan filem-filem terbarunya!
- CCI juga mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan bahawa acara WONDERCON Anaheim yang ditangguhkan sebelum ini, kini dibatalkan dan akan kembali kepada Pusat Konvensyen Anaheim pada 26-28 Mac 2021.
#Komen5KupangKu – Aku berharap syarikat CCI akan menerokai penganjuran konvensyen SDCC versi atas talian bagi panel-panel di Dewan H tahun ini, melalui laman YouTube ataupun Twitch! Terutamanya panel daripada studio-studio besar seperti Marvel Studios, Sony Pictures dan Warner Bros serta syarikat komik utama seperti Marvel Comics, DC Comics dan Image Comics.
#SoalanCepumas
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik Coronavirus dan kesannya kepada industri Hollywood di:
- #TriviaFilem – BLACK WIDOW Mangsa Terbaru Coronavirus
- #TriviaTV – 15 Produksi Siri TV Hollywood Yang Terjejas Kerana Coronavirus
- #TriviaKomik – SAN DIEGO COMIC-CON Mungkin Dibatalkan Kerana Coronavirus
- #TriviaKomik – WONDERCON 2020 Ditangguhkan, SAN DIEGO COMIC-CON 2020 Mungkin Ditangguh Juga
- #TriviaKomik – Diamond Comic Distributors Hentikan Pengedaran Komik Amerika Syarikat Ke Seluruh Dunia
Apakah pendapat anda tentang pengumuman pembatalan SDCC 2020 oleh Comic-Con International tahun ini?
Bincangkan.