Seni promosi terbaru untuk filem AVENGERS: ENDGAME tertiris – menonjolkan enam adiwira asal Avengers (Iron Man, Captain America, Thor, Hulk, Black Widow dan Hawkeye) bergabung kembali membanteras malapetaka kepada keseluruhan cakerawala.
Kelihatan dalam seni promosi rasmi ini kelibat Iron Man dalam perisai Mark 85nya dan ahli-ahli Avengers Six yang lain di dalam versi baru kostum-kostum mereka.
#SoalanCepumas – Ada ura-ura mengatakan bahawa enam ahli AVENGERS yang asal akan menemui ajal mereka di penghujung AVENGERS: ENDGAME ?
Lagipun, kesemua kontrak bersama Marvel Studios bagi keenam-enam pelakon ini akan tamat dengan terbitnya sekuel Avengers yang dinantikan ramai ini…
Bincangkan.
(Sumber: @OrvillePopcorn)