Bulan lepas, gambar permainan AVENGERS 4 daripada Hasbro yang tertiris menonjolkan Thor dan Rocket Raccoon dalam sut berlainan daripada kostum AVENGERS: INFINITY WAR mereka.
Ura-uranya gambar itu palsu dan tiada kaitan langsung dengan sekuel Avengers yang ditunggu ramai pada tahun 2019 nanti.
Namun, lebih banyak seni konsep AVENGERS 4 tertiris hari ini yang menonjolkan kesemua ahli-ahli Avengers yang terselamat daripada ancaman Thanos di penghujung AVENGERS: INFINITY WAR – kesemuanya memakai sut yang diura-urakan adalah sut yang dipakai oleh mereka untuk meneroka ‘Quantum Realm’!
#SoalanCepumas – Adakah ini bermaksud bahawa gambar permainan AVENGERS 4 bulan lepas adalah sahih?
Apa yang dicari-cari oleh Avengers di Quantum Realm nanti?
Bincangkan.
#Avengers4 #Leaked #ConceptArt #MCU #BuzzPopTV
(Sumber: @ManaByte)