“Myyyyy Prrreccciousssss….”
– Gollum/Smeagol, Lord of the Rings, Andy Serkis
Pengarah Andy Serkis telah mengesahkan melalui laman Instagramnya pada awal pagi Selasa bahawa dia akan mengambil alih kerusi direktor untuk VENOM 2 daripada pengarah Ruben Fleischer.
Fleishcer yang menjayakan VENOM sebelum ini, tidak akan pulang untuk sekuelnya kerana dia kini sedang sibuk dengan fasa pos-produksi untuk filem Zombieland: Double Tap!
Serkis akhirnya terpilih daripada sekumpulan kecil pengarah berwibawa yang ditemui Sony minggu lepas – yang termasuk pengarah berbakat Travis Knight (Bumblebee) dan pengarah bervisi Rupert Wyatt (Rise of the Planet of the Apes).
Untuk pembaca yang kurang arif, filem VENOM yang diterajui oleh pelakon Tom Hardy (Mad Max: Fury Road) merupakan sebuah kejayaan yang tidak disangka-sangka untuk studio Sony Pictures dan penerbit Pascal Pictures tahun lepas apabila ia berjaya mengaut kutipan sebanyak US$855 juta di box office sedunia.
Filem VENOM 2 bakal menemui anda di pawagam seluruh Malaysia mulai bulan October 2020 nanti.
#SoalanCepumas
Memang secocoklah bila dipikirkan bahawa pelakon-pengarah seperti Andy Serkis yang terkenal dengan lakonan “motion capture”nya untuk pelbagai watak CGI legenda seperti Gollum (Lord of the Rings), Caesar (Francais Planet of the Apes) dan Ulysses Klaue (Black Panther) bakal menerajui sekuel VENOM 2 yang bakal menggunakan juga banyak memerlukan lakonan “motion capture” CGI.
Apakah harapan anda untuk sekuel VENOM 2 nanti? Adakah anda berharap semoga Venom akan bertembung dengan Carnage (lakonan Woody Harrelson) nanti? Ataupun adakah ini waktu terbaik untuk Spider-Man (lakonan Tom Holland) akhirnya tampil di dalam Sony Venomverse?
Bincangkan.
#Venom2 #Sequel #AndySerkis #Director #SonyPictures #PascalPictures #BuzzPopTV
(Sumber: @Variety)