Mungkinkah ini versi Joker yang paling sedih yang kita akan tonton di layar perak?
Walaupun minggu lepas adalah New York Comic-Con 2018, namun krew penggambaran filem JOKER masih gigih bertugas disekeliling New York merakamkan babak-babak seperti:
1
Watak Arthur Fleck lakonan Joaquin Phoenix berdating dengan watak Sophie Dumond lakonan Zazie Beetz.
2
Arthur Fleck menerima berita sedih bahawa ibunya yang uzur dan terlantar di hospital (kemungkinannya) menemui ajalnya.
3
Arthur Fleck dalam mekap badut sarkas di tapak rusuhan di stesen keretapi bawah tanah.
Nampaknya filem JOKER arahan pengarah Todd Phillips (trilogi Hangover) adalah sebuah filem berbentuk kajian watak ini berlatarkan realiti – seperti sentuhan Christopher Nolan melalui trilogi BATMAN-nya.
#SoalanCepumas – Apakah harapan anda untuk filem solo JOKER ini yang bakal dipawagam seluruh dunia pada 4 Oktober 2019?
Bincangkan.
#Joker #SetPhotos #CharacterStudy #WorldsOfDC #BuzzPopTV
(Sumber: Pelbagai)