Filem STAR WARS: EPISODE IX memulakan sesi penggambarannya di Pinewood Studios, United Kingdom pada 1 Ogos 2018 dan akhbar The Sun telah mentiriskan set foto pertama!
Dalam set foto ini kelihatan pelakon baru Naomi Ackie yang memainkan watak yang belum dikenali bersama pelakon Joonas Suotamo (Chewbacca), Oscar Isaac (Poe Dameron) dan John Boyega (Finn) serta watak-watak sampingan.
Direktor tersohor J.J. Abrams kembali untuk mengarah episod terakhir dalam saga Skywalker ini, berdasarkan skrip yang ditulisnya secara kolaborasi bersama penulis Chris Terrio (‘Argo’, ‘BvS’, ‘Justice League’).
Di pawagam seluruh Malaysia pada 18 Disember 2019.
#StarWars #EpisodeIX #SetPhotos #OnLocation #BuzzPopTV
(Source: thesun.co.uk)