Walaupun minggu lepas adalah New York Comic-Con 2018, namun krew penggambaran filem JOKER masih gigih bertugas disekeliling New York merakamkan babak-babak seperti:

1
Watak Arthur Fleck lakonan Joaquin Phoenix berdating dengan watak Sophie Dumond lakonan Zazie Beetz.

2
Arthur Fleck menerima berita sedih bahawa ibunya yang uzur dan terlantar di hospital (kemungkinannya) menemui ajalnya.

3
Arthur Fleck dalam mekap badut sarkas meninggalkan tapak rusuhan di stesen keretapi bawah tanah dengan bersahaja sambil polis bergegas ke tapak tersebut.

https://youtu.be/laV7V5eZo_E

Nampaknya filem JOKER arahan pengarah Todd Phillips (trilogi Hangover) adalah sebuah filem berbentuk kajian watak ini berlatarkan realiti – seperti sentuhan Christopher Nolan melalui trilogi BATMAN-nya.

#SoalanCepumas – Apakah harapan anda untuk filem solo JOKER ini yang bakal dipawagam seluruh dunia pada 4 Oktober 2019?

Bincangkan.

#Joker #SetVideo #CharacterStudy #WorldsOfDC #BuzzPopTV

(Sumber: Pelbagai)

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...