Selepas beberapa minggu di England, sekitar London dan pekan-pekan berdekatan dengannya – produksi SPIDER-MAN: FAR FROM HOME kini berhijrah ke negara Czech Republic – terutamanya bandar Prague dan Liberec!
Di Liberec, set penggambaran adalah sebuah pesta pekan di waktu malam – mirip bagaikan halaman komik klasik Spider-Man dimana Mysterio menangkap dan cuba membunuh Spidey di sebuah taman tema.
Kini, set video terbaru daripada set penggambaran SPIDER-MAN: FAR FROM HOME menonjolkan berdozen-dozen pelakon sampingan berlari ketakutan di pesta pekan tersebut – adakah ini serangan daripada Mysterio yang sedang difilemkan?
https://youtu.be/aUs_IoOZXpo
Filem SPIDER-MAN: FAR FROM HOME bakal disiarkan dipawagam seluruh Malaysia pada 4 Julai 2019.
#SpidermanFarFromHome #SetVideo #MCU #MarvelStudios #BuzzPopTV
(Sumber: @chose97)