“This is OUR movie, and it will be IMPOSSIBLE for Hollywood to ignore us after this!”
— Simu Liu, Pelakon, SHANG-CHI, (2021).
Hujung minggu lepas, MARVEL STUDIOS telah menghabiskan sesi penggambaran bagi produksi SHANG-CHI AND THE LEGEND OF TEN RINGS dan bintang utama SIMU LIU konfiden bahawa filem MCU PHASE 4 ini akan mengorak sejarah di Hollywood nanti dengan barisan pelakon Asia sepenuhnya!
- CELEBRATION – Menurut laman TheWrap, pelakon Simu Liu telah memuatnaikkan mesej di bawah di laman peribadi Facebook Group – Subtle Asian Traits – sejurus selepas produksi filem SHANG-CHI berakhir di Sydney, Australia hujung minggu lepas:
- WRAP PARTY – Liu juga memuatnaikkan ke laman Instagramnya sebuah gambar bersama pengarah filem SHANG-CHI, Destin Daniel Cretton ketika mereka menyambut pengakhiran sesi penggambaran bagi filem MCU Phase 4 ini. Simu yang mula menempah namanya melalui siri TV komedi Kanada, KIM’S CONVENIENCE (2016) bakal menjadi pelakon superstar terbaru di Hollywood – sekiranya filem SHANG-CHI diterima baik oleh penonton berketurunan Asia sedunia, sepertimana filem BLACK PANTHER diterima masyarakat kulit hitam sedunia.
- CAST & CREW – Cretton juga telah memuatnaikkan ke laman Instagramnya gambar bersama krew filem SHANG-CHI untuk menyambut hari bersejarah ini. Cretton semestinya berasa lega produksi SHANG-CHI kini berakhir, setelah ia tergendala dua kali tahun ini –
- sekali ketika Cretton terpaksa melalui kuarantin ketika kelahiran anak pertamanya awal tahun ini,
- dan kedua ketika perintah berkurung oleh kerajaan Australia menutupkan kesemua produksi Hollywood di Sydney, Australia.
Filem SHANG-CHI bakal ditayangkan di pawagam diseluruh Malaysia mulai 9 Julai 2021.
#Komen5KupangKu – Aku berharap kejayaan SHANG-CHI AND THE LEGEND OF THE TEN RINGS di pasaran box office sedunia bakal mendedahkan Semesta Sinematik MCU kepada dunia mistik/seni mempertahankan diri di benua Asia – serta membuka jalan untuk watak-watak Marvel Comics yang lain seperti AGENTS OF A.T.L.A.S. beraksi dan memainkan peranan penting di dalam MCU PHASE 5 nanti!
Poster & Sinopsis SHANG-CHI
The movie, based on Marvel Comics, will focus on SHANG-CHI; ‘The Master of Kung-Fu’.
Sinopsis Filem SHANG-CHI AND THE LEGEND OF THE TEN RINGS
#SoalanCepumas
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik SHANG-CHI serta MCU PHASE 4 di:
- BUZZPOP HARI INI #5 // Produksi SHANG-CHI Bermula Kembali!
- MARVEL STUDIOS Temui Adiwira Muslim Pertama Mereka – MS. MARVEL!
- 5 Persoalan Penting Tentang MCU PHASE 4 (2020-2022) // BUZZPOP HARI INI
- #TriviaFilem – MARVEL STUDIOS PARLIAMENT Rahsia Disebalik Kejayaan MCU
- #TriviaFilem – 5 Gaya Sinematik SAM RAIMI Yang Anda Boleh Harapkan Dalam DOCTOR STRANGE IN THE MULTIVERSE OF MADNESS
Apakah yang anda harapkan untuk filem SHANG-CHI AND THE LEGEND OF THE TEN RINGS nanti?
Bincangkan.
(Sumber: IG @SimuLiu | IG @destindaniel)
#ShangChi #MCUPhase4 #MarvelStudios