“Yeah, I don’t know how these things get—I don’t know, I don’t know. You know better; I have no idea!”

— Tatiana Maslany, Pelakon, THE SUDBURY STAR, (2020).

PLOT TWIST! Pelakon TATIANA MASLANY menafikan penglibatannya di dalam siri TV Disney+ SHE-HULK seperti yang dilaporkan oleh laman Variety.com tempoh hari…

Sumber: @Variety
  • CELEBRATION! – Berita ini diterima baik oleh peminat tegar MCU di seluruh dunia serta tenaga kreatif Hollywood seperti pelakon Mark Ruffalo yang memainkan watak HULK di dalam MCU serta artis grafik digital yang popular, @Bosslogic.
  • DENIAL??! – Namun pada 15 Oktober 2020, pelakon Tatiana Maslany yang diwawancara oleh laman Sudbury Star menafikan penglibatannya dengan projek siri TV live-action SHE HULK oleh servis penstriman Disney+: “Yeah, I don’t know how these things get—I don’t know, I don’t know. You know better; I have no idea.”
Sumber: @SudburyStar

#Komen5KupangKu – Marvel Studios yang terkenal kerana mementingkan rahsia disebalik tabir untuk menyimpan kejutannya bagi penonton di panggung, tidak memberi komen kepada berita penglibatan Maslany bagi projek SHE HULK mahupun penafiannya setakat ini.

Namun jika kita merujuk kepada berita ‘casting’ MCU daripada projek-projek lepas, pelakon Paul Rudd dan Brie Larson pernah menafikan penglibatan mereka di dalam MCU (sebagai Ant-Man dan Captain Marvel) sehinggalah Marvel Studios mengumumkannya secara rasmi!

Adakah penafian Maslany ini hanya sekadar permainan ‘wayang kulit’ terbaru daripada jentera pemasaran Marvel Studios? 🤔

Poster & Sinopsis SHE HULK

Poster oleh Artis Digital Tempatan:
Mono Design (FB)/ @_mono.design (IG) / @_mono_design_ (Twitter)

Also known as Jennifer Walters, SHE HULK is a lawyer, and cousin of Bruce Banner, whose emergency blood transfusion from Bruce empowers her with Hulk-like abilities!

Sinopsis Siri TV Disney+ SHE HULK

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik MCU PHASE 4 di:

Apakah pendapat anda tentang berita pelakon Tatiana Maslany TIDAK AKAN memainkan watak SHE HULK di dalam MCU PHASE 4 di Disney+ nanti?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...