“I would die to play that role!”
— Stephanie Beatriz, SHE-HULK (2022).
Reaksi pelakon Stephanie Beatriz (BROOKLYN 99) apabila ditanya sama ada dia berminat untuk menyandang watak Jennifer Walters a.k.a. SHE HULK bagi siri TV Disney+ nanti…
Asal-Usul SHE HULK
Untuk pembaca yang tidak arif, Jennifer Walters (Jen) mempunyai tali persaudaraan dengan Bruce Banner a.k.a. The Incredible Hulk. Jen melalui transformasi menjadi She Hulk apabila dia terlibat di dalam sebuah eksiden dan saudaranya Bruce Banner memberi proses pemindahan darah untuk menyelamatkannya daripada pintu maut. Darah Banner yang penuh dengan radiasi cahaya Gamma mengubah fisiologi Jen selama-lamanya!
Radiasi gamma di dalam darah Jen membolehkan dia untuk ‘Hulk Out’ seperti saudaranya Bruce Banner/The Incredible Hulk. Perbezaan utama diantara Jen dengan Banner hanyalah dia masih waras di dalam bentuk She Hulknya dan dapat menguasai pemikiran serta bentuk fizikalnya. Ini membuatkan Jen/She Hulk sebuah karakter unik di dalam semesta komik Marvel yang masih dapat berkerja sebagai seorang peguam walaupun di dalam bentuk She Hulknya.
Pengkhususan Jen sebagai seorang peguam adalah kes-kes sivil dan jenayah yang berkaitan dengan dunia adiwira.
Siri televisyen SHE HULK bakal disiarkan melalui pelantar penstriman Disney+ pada tahun 2022 nanti. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang SHE HULK dan semesta sinematik Marvel di www.buzzpop.tv!
#SoalanCepumas
Sekiranya Stephanie Beatriz (BROOKLYN 99) bukanlah pilihan pertama anda untuk menyandang watak Jennifer Walters di dalam siri TV SHE HULK di pelantar penstriman Disney+ nanti, siapakah pilihan yang sempurna pada pendapat anda?
Bincangkan.
(Sumber: @etnow)