Walaupun tiada sinopsis rasmi pernah ditularkan oleh pihak Disney setakat ini, laman web Disney versi Australia (www.disney.com.au) telah mentiriskan sinopsis terbaru untuk filem AVENGERS: ENDGAME.
#KomenLimaKupangKu – Bahagian “no matter what consequences may be in store” agak merisaukan pada pendapat penulis. Adakah ini petunjuk awal bahawa sebahagian ataupun kesemua daripada enam ahli AVENGERS yang asal (Iron Man, Captain America, Thor, Hulk, Black Widow dan Hawkeye) akan menemui ajal mereka di penghujung AVENGERS: ENDGAME ?
Lagipun, kesemua kontrak bersama Marvel Studios bagi keenam-enam pelakon ini sudah pun tamat dengan terbitnya sekuel Avengers yang dinanti ramai ini…
Bincangkan.
(Sumber: www.disney.com.au)