Sejak pengumuman dibuat oleh Seth Rogen pada April 2016 lalu untuk adaptasi aksi-hidup komik The Boys, tidak banyak yang diperdengarkan kepada kita selepas itu.
Namun pada hari ini, sumber yang diperolehi dari beberapa sumber mendedahkan bahawa projek tersebut bakal diterbitkan oleh Amazon Studios. Siri tersebut sudah pun memasuki fasa produksi dan bakal menjadi drama untuk slot 1 jam yang ditulis oleh Eric Kripke.
Sekiranya anda sudah mulai bosan dan jemu dengan adaptasi superhero filem serta televisyen, The Boys mungkin akan mengubah persepsi anda kerana ianya unik dan lain daripada yang lain.
Berikut adalah sinpsis rasmi untuk siri televisyen tersebut: