Filem adaptasi versi aksi hidup bercampur animasi SONIC THE HEDGEHOG menerima cemuhan daripada peminat tegar permainan video Sega zaman ’90an ini kerana dua poster pertama yang ditiriskan menonjolkan Sonic yang mempunyai anatomi sebesar manusia.

Agak menjengkelkan untuk melihat Sonic yang mempunyai kaki dan tangan berskala manusia kerana watak animasi asal daripada permainan video Sega zaman ’90an lebih kepada versi ‘chibi’ yang comel.

Sesetengah peminat membenci rekaan filem ini sehinggakan rela membina permainan video versi ’emulator’ untuk menunjukkan berapa asingnya ia berbanding rekaan asal Sonic.

Akaun Twitter @SonicMovie pula mentularkan semalam gambar sarkastik yang menyakat reaksi peminat tegar setakat ini dengan nota, “Can’t A Guy Workout? Be Back Next Year. <3 Sonic.”

#SoalanCepumas – Apa pendapat anda tentang filem adaptasi SONIC THE HEDGEHOG tahun depan?

Bincangkan.

#SonicTheHedgehog #LiveActionAnimation #Controversy #HumanProportions #BuzzPopTV

(Sumber: @SonicMovie)

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...