“For the moment the door is closed...”
-Tony Vinciquerra, CEO, Sony Pictures.
TERKINI: CEO Sony Pictures menutup ‘pintu kolaboratif’ bersama Marvel Studios dan mengumumkan pelan Sony’s Universe of Marvel Characters (SUMC) yang akan mengadaptasikan sebahagian daripada 900 watak Marvel Comics berkaitan dengan SPIDER-MAN milik Sony ke kaca TV dan layar perak.
Ketika diwawancara di persidangan kemuncak ‘Teknologi dan Hiburan’ yang dihoskan oleh majalah Variety.com tempoh hari, CEO Sony Pictures Tony Vinciquerra ditanyakan tentang kebarangkalian Spider-Man untuk terus beraksi di Marvel Cinematic Universe (MCU).
“For the moment the door is closed.
The Marvel people are terrific people, we have great respect for them, but on the other hand we have some pretty terrific people of our own. Kevin [Feige] didn’t do all the work.
Spiderman was fine before the event movies (Civil War, Infinity War, Endgame), did better with the event movies, and now that we have our own universe, he will play off the other characters as well. I think we’re pretty capable of doing what we have to do here.”
Tony Vincequerra, CEO, Sony Pictures
Strategi Sony Pictures Untuk Spider-Man
Vinciquerra menegaskan bahawa tiada elemen ‘kecik hati’ diantara pihak Sony dan Marvel Studios, selepas kedua-duanya gagal untuk mencapai kata putus bulan lepas bagi pembiayaan projek-projek Spider-Man yang seterusnya. Ini secara tidak langsung mengkuburkan harapan peminat tegar untuk terus melihat pelakon Tom Holland beraksi sebagai Spider-Man di dalam dunia MCU – sama ada di dalam filem solonya ataupun filem-filem berkumpulan seperti sekuel AVENGERS.
Dia mengakui bahawa reaksi negatif peminat tegar Spider-Man kepada drama diantara Sony dan Marvel Studios bulan lepas merupakan: “an interesting couple of weeks” untuk studio Sony Pictures.
Vincequerra juga menambah bahawa francais Spider-Man mempunyai jangka hayat yang panjang – dengan maksud tersirat bahawa sekiranya strategi Sony Pictures ini tidak berhasil di pasaran box office sedunia di dalam 3 hingga 5 tahun daripada sekarang, maka ada peluang bahawa Spider-Man mungkin kembali beraksi bersama Disney pada Fasa Kelima MCU (daripada tahun 2023 ke hadapan).
Sony’s Universe of Marvel Characters (SUMC)
Dengan kepulangan satu-satunya Intellectual Property terbesarnya kembali ke tangan Sony, Vinciquerra mengumukan bahawa Sony mempunyai pelan untuk melancarkan semesta sinematiknya yang tersendiri menggunakan 900 watak Marvel Comics yang berkaitan dengan Spider-Man – Sony’s Universe of Marvel Characters (SUMC)!
Bagi memulakan semesta sinematik SUMC, Sony Pictures kini sedang didalam proses pre-produksi untuk filem sekuel VENOM, proses pos-produksi untuk filem sulung MORBIUS serta merancang 5 hingga 6 siri televisyen yang berkisarkan dunia Spider-Man.
“We have the next seven or eight years laid out as to what we’re going to do with that asset (Spider-Man), and that will not only be on the film side — it’ll be on the TV side. Our television group will have its own set of characters from within that universe that we will seek to develop.”
Tony Vincequerra, CEO, Sony Pictures
CEO Sony Pictures percaya bahawa watak Spider-Man akan berjaya diluar MCU dan Sony juga cukup berpengalaman dengan francais adiwira, berdasarkan kejayaan filem animasi SPIDER-MAN: INTO THE SPIDER-VERSE tahun lepas di pasaran box office sedunia serta populariti siri televisyen kolaboratif diantara Sony dan Amazon berjudul THE BOYS baru-baru ini.
Mengapa Sony Bercerai Dengan Marvel?
Senarai Francais Spider-Man Di Pasaran Box Office Sedunia Setakat Ini…
1. ‘Far From Home’ US$1.125 bilion (MCU)
2. ‘Spider-Man 3’ US$890.0 juta
3. ‘Homecoming’ US$880.2 juta (MCU)
4. ‘Venom’ US$856.1 juta
5. ‘Spider-Man’ US$821.7 juta
6. ‘Spider-Man 2’ US$783.8 juta
7. ‘Amazing Spider-Man’ US$757.9 juta
8. ‘Amazing Spider-Man 2’ US$709 juta
9. ‘Into the Spider-Verse’ US$375.5M (Pemenang Oscar 2019)
Untuk pembaca yang tidak arif, senarai kesemua filem Spider-Man di bawah kelolaan Sony Pictures di atas tidak diubah menurut kadar inflasi zaman sekarang. Namun, amat penting untuk difahami bahawa francais Spider-Man ini teramatlah popular sejak Sony Pictures menghasilkan filem-filemnya di dalam tempoh dua dekad ini -sehinggakan tiada lagi filem ‘live action’ Spider-Man yang gagal mengutip kurang daripada US$700 juta di pasaran box office sedunia!
Asalkan Sony Pictures pandai mengawal kos pembikinan filem-filem SUMC di masa hadapan (dengan kos dibawah US$150 juta), mereka boleh terus mengecapi kemanangan di pasaran box office sedunia kerana permintaan daripada peminat tegar Spider-Man sedunia tidak putus-putus sejak 20 tahun di layar perak.
Akan tetapi, dengan studio Sony Pictures kini dibawah naungan pengerusi eksekutif Tom Rothman yang terkenal dengan pelbagai kegagalan besarnya di studio 20th Century Fox (1994-2012)… ada kemungkinan bahawa watak Spider-Man mungkin pulang ke tangan Disney apabila Fasa Kelima MCU bakal bermula pada tahun 2023 nanti!
Tom Rothman: Dalang Kegagalan Marvel Di FOX
Bagi penonton yang tidak arif, Tom Rothman yang pernah berkerja sebagai seorang eksekutif di 20th Century Fox dan kini dibawah naungan studio Sony Pictures yang bertanggungjawab menerajui masa hadapan francais Spider-Man di layar perak dan kaca TV, adalah arkitek utama untuk banyak kegagalan watak-watak Marvel Comics di FOX selama 20 tahun ini.
Rothman = Villain?
#SoalanCepumas
Apakah reaksi anda terhadap kata putus daripada CEO Sony Pictures ini? Adakah anda berpendapat bahawa kejayaan VENOM dan INTO THE SPIDER-VERSE di pasaran box office sedunia adalah kebetulan sahaja? Ataupun adakah ini masa hadapan Spider-Man yang lebih kreatif dibawah naungan penerbit Amy Pascal, pengerusi Sony, Tom Rothman dan CEO Sony Pictures, Tony Vinguerra?
Bincangkan.
(Sumber: @Variety)