Pada bulan Ogos ini, pencipta komik legenda zaman ’90-an, Todd McFarlane dan syarikat Image Comics bakal mencatat sebuah rekod bersejarah dengan terbitnya isu komik SPAWN #300 – sebagai ‘komik milikan penciptanya yang paling lama pernah diterbitkan’ di dalam industri komik Amerika Syarikat.
Kepada pembaca yang kurang arif, industri komik di Amerika Syarikat secara amnya mempunyai kumpulan kreatif gabungan artis dan penulis yang bertukar ganti dan tidak memiliki hak kepada watak-watak yang dicipta mereka. Contohnya syarikat Marvel dan DC Comics mempunyai hak kepada watak-watak popular yang mereka hasilkan setiap bulan seperti Batman, Superman, The Avengers dan Spider-Man. Oleh itu, kebolehan menghasilkan 300 isu komik dibawah suatu pencipta adalah sebuah rekod yang amat cemerlang sekali!
Untuk menyambut isu yang bersejarah ini, McFarlane menjemput rakan-rakan industrinya untuk turut turun padang dan memberi olahan mereka sendiri kepada watak Image Comics yang legenda ini.
Komik 72-muka surat ini akan menonjolkan lukisan daripada artis-artis asal watak SPAWN daripada pencipta-penulis-pelukis asalnya Todd McFarlance yang kali terkahirnya melukis seni dalaman untuk komik ini pada tahun 1995; kepada artis tersohor Greg Capullo (Dark Nights: Metal, Batman: Last Knight on Earth) yang mengambil alih tugas melukis komik ini sejak isu SPAWN #16 sehinggalah isu SPAWN #100; dan juga pelukis komik SPAWN zaman sekarang – Jason Shawn Alexander.
Isu bersejarah ini juga akan mempunyai 12 jenis muka hadapan alternatif, menonjolkan olahan watak SPAWN oleh artis-artis seperti Todd McFarlane, Gregg Capullo, Jason Shawn Alexander, J. Scott Campbell serta Jerome Opeña.
“I created SPAWN back when I was a teenager hoping to someday break into the comic book industry. Now, over 40 years later, not only was I able to have a career drawing and writing comics, but SPAWN has been by my side for most of that journey. Even more exciting, SPAWN is becoming the longest running creator-owned comic in the world!
The group of creative folks helping out on this historic Spawn 300th issue is something that I hope thrills the ‘inner 15-year-old’ in all of us.
Plus, to have Greg Capullo come back to this title after so many long years, is what has me most excited as I personally consider him to be the top talent drawing in our industry today!”
Todd McFarlane, pencipta-penulis-pelukis asal SPAWN
Kepada pembaca komik yang baru, muka hadapan untuk SPAWN #300 versi lukisan Todd McFarlane sebenarnya memberi penghormatan kepada sebuah lagi muka hadapan komik yang pernah dilukis oleh legenda ini – isu THE AMAZING SPIDER-MAN #300 pada bulan Mei 1988 – tampilan pertama watak Venom versi Eddie Brock serta sebahagian daripada legasi McFarlane di Marvel yang mula-mula menaikkan popularitinya di dalam industri komik Amerika Syarikat.
Komik SPAWN #300 adalah komik tebal dengan 72-muka surat serta 12 muka hadapan alternatif memaparkan seni oleh artis-artis seperti Todd McFarlane, Gregg Capullo, Jason Shawn Alexander, J. Scott Campbell serta Jerome Opeña. Dapatkan komik ini dengan membuat pra-tempahan anda pada The Last Comic Shop – Malaysia sebelum ia tiba pada bulan Ogos 2019 nanti!