“My name is Gwen Stacy. I was bitten by a radioactive spider. And for the last two years, I’ve been the one and only Spider-Woman.”
— Spider-Gwen, SPIDER-MAN: INTO THE SPIDER-VERSE, (2018).
Sekiranya peminat tegar Spider-Verse mungkin risau kerana perlu menunggu sehingga tahun 2022 untuk sekuel animasi SPIDER-MAN: INTO THE SPIDER-VERSE, maka Hot Toys cuba mengubat rindu mereka dengan previu figura aksi SPIDER-GWEN berdasarkan pemenang Oscar 2018 ini.
- Sejurus selepas previu figura aksi berskala 1/6 MILES MORALES pada penghujung Februari 2020, kini Hot Toys mentiriskan pandang pertama figura aksi berskala 1/6 SPIDER-GWEN daripada dimensi lain!
- Untuk pembaca yang tidak arif, SPIDER-GWEN adalah watak Gwen Stacy – seorang remaja daripada bandar New York di dimensi alternatif yang sebaliknya digigit oleh labah-labah radioaktif dan bukannya Peter Parker – menjadikannya Spider-Woman di dunianya. Di dalam filem SPIDER-MAN: INTO THE SPIDER-VERSE, Spider-Gwen mberganding bahu dengan Miles Morales serta Spider-Men daripada dimensi-dimensi lain untuk menyelamatkan alam semesta!
- Perincian penuh figura aksi SPIDER-GWEN daripada Hot Toys: “Based on the appearance of Spider Gwen in the movie, the highly-accurate figure features a newly developed head sculpt with incredible likeness of Gwen Stacy, a masked head sculpt with multiple pairs of interchangeable eye pieces to create different expressions, a newly developed body, teal ballet shoes with white, black and pink web patterned suit in meticulous tailoring and great details, amazingly detailed accessories include a 1/6th scale collectible features Spider-Ham sticking out his hand, Spider-Gwen’s mask, smart phone, mirror case, physics book, assorted web accessories, comic art inspired character backdrop, also a dynamic figure stand for aerial poses.”
- Figura aksi SPIDER-GWEN berskala 1/6 yang dipahat oleh pengukir Ji Ho Lee dan So Young Jang berdasarkan rekaan Studio HIVE, akan di pasaran pada lewat tahun 2021.
- Sutradara animasi Joaquim Dos Santos (VOLTRON: LEGENDARY DEFENDERS) akan mengarah sekuel SPIDER-MAN: INTO THE SPIDER-VERSE pada tahun 2022 nanti. Do Santos disertai penulis skrip David Callaham (WONDER WOMAN 1984, SHANG-CHI AND THE LEGEND OF THE TEN RINGS) untuk projek yang ditunggu-tunggu ini.
#Komen5KupangKu – Harapan aku adalah Hot Toys akan mengadaptasikan watak SPIDER-NOIR menjadi figura aksi berskala 1/6 juga satu hari nanti! Juga watak-watak antagonis seperti Doctor Octopus versi wanita, Prowler serta Kingpin…
#SoalanCepumas
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik SPIDER-MAN serta MARVEL COMICS di:
- #TriviaKomik – 5 Fakta Menarik Tentang SPIDER-MAN 2099!
- Tonton 6 Babak Yang Dipotong Daripada SPIDER-MAN: FAR FROM HOME!
- #TriviaKomik – 5 Punca Mengapa J. Jonah Jameson Bencikan Spider-Man!
- #TriviaKomik – Tahukah Anda Stan Lee Bantah Jack Kirby Melukis SPIDER-MAN?
- #TriviaKomik – Tahukah Anda Bahawa SPIDER-MAN Pernah Merentasi Masa Pada 1979 Ke Masa Hadapan 2019?
Apakah pendapat anda tentang pandang pertama figura aksi berskala 1/6 SPIDER-GWEN daripada Hot Toys?
Bincangkan.