“It’s time for SPIDER-MAN 3…Let’s go!!!”

— Tom Holland, Pelakon, SPIDER-MAN 3, (2021).

Setelah persediaan set penggambaran di New York dan Atlanta selama beberapa minggu yang lepas, produksi bagi filem SPIDER-MAN 3 akhirnya bakal dimulakan minggu ini dengan kembalinya pelakon Tom Holland ke Amerika Syarikat.

  • HOMECOMING – Pelakon Tom Holland yang baru tiba di Atlanta, Georgia, USA daripada set penggambaran filem UNCHARTED di Valencia, Spain – mengesahkan bahawa sesi penggambaran bagi filem SPIDER-MAN 3 akan dimulakan minggu ini!
https://buzzpop.tv/wp-content/uploads/2020/10/20201026_1429271.mp4
Set Video #1
  • HOMEWORK – Sementara itu, Greg Townley pelakon ‘stunt double’ Tom Holland untuk SPIDER-MAN 3 telah berkerja keras sejak hujung minggu lepas lagi bagi babak-babak aksi lasak di dalam sekuel ini.
  • HOME RUN – Filem SPIDER-MAN 3 bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 17 Disember 2021.

#Komen5KupangKu – Sememangnya produksi sekuel SPIDER-MAN 3 ini diselubungi misteri, penuh dengan ura-ura kebelakangan ini bahawa pelakon Andrew Garfield dan Tobey Maguire bakal pulang ke MCU untuk membina jambatan di antara Sony Pictures Universe of Marvel Characters (SPUMC) dengan Marvel Cinematic Universe (MCU) melalui sebuah filem INTO THE SPIDER-VERSE versi Live-Action…

Kehadiran pelakon Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange serta pengesahan bahawa Jamie Foxx juga bakal pulang sebagai watak Electro (daripada THE AMAZING SPIDER-MAN 2) membawa tanda tanya sama ada peristiwa yang bakal menggegarkan MCU di dalam siri TV Disney+ WANDAVISION serta filem DOCTOR STRANGE IN THE MULTIVERSE OF MADNESS nanti akan juga menyebabkan SPUMC dan MCU bertembung di dalam MCU PHASE 4 nanti?

Setakat ini, ia semua sekadar spekulasi liar (#TeoriBrazil) daripada peminat tegar Spider-Man dan MCU… Namun dengan permulaan sesi penggambaran SPIDER-MAN 3 di Atlanta, Georgia minggu ini… harapannya kesemua misteri disebalik sekuel ini bakal terbongkar!

Poster & Sinopsis SPIDER-MAN 3

A continuation of Spider-Man Far From Home featuring Tom Holland as Spider-Man, Benedict Cumberbatch as Doctor Strange and Jamie Foxx as Electro!

Sinopsis Filem SPIDER-MAN 3

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik SPIDER-MAN di:

Apakah harapan anda untuk filem sekuel SPIDER-MAN 3? Adakah Sony Pictures Universe of Marvel Characters (SPUMC) bakal bertembung dengan Marvel Cinematic Universe (MCU) nanti?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...