“Yes officer, I’m sick. Sick from the disease eating away at me from the inside, sick of people who don’t appreciate their blessing, sick of those who scoff at the suffering of others. I’m sick of it all!”

— Jigsaw, SAW, (2004).

Francais horror yang popular sejak 2004 lagi, SAW bakal di-reboot-kan tahun ini melalui filem SPIRAL: FROM THE BOOK OF SAW. Treler acah dan poster yang baru tular agak memberangsangkan setakat ini – menonjolkan fokus terbaru pembunuh bersiri SAW pada dekad baru ini – Anggota Polis!

  • Untuk peminat setia francais horror ini, mereka semestinya mengenali asal-usul nama SPIRAL – daripada logo lingkaran merah yang tertera diatas pipi boneka kepunyaan pembunuh bersiri Jigsaw – Billy!
  • Untuk pembaca yang kurang arif, filem reboot SAW ini adalah idea penerbit eksekutif serta pelakon komedi Chris Rock.
  • SPIRAL memaparkan pelakon Samuel L. Jackson sebagai seorang polis veteran, manakala Rock adalah detektif kurang ajar dan pelakon Max Minghella adalah rakan sekerja baru yang agak naif.
  • Sutradara reboot ini adalah veteran francais SAW, Darren Lynn Bousman yang menulis dan mengarah filem SAW II (2005) serta mengarah filem SAW III dan SAW IV. Skripnya pula ditulis oleh para penulis filem JIGSAW – Josh Stolberg dan Peter Goldfinger.
  • Walaupun treler acah SPIRAL nampak agak serius, pelakon komedi Chris Rock menjanjikan bahawa ia juga akan mempunyai sedikit elemen lawak.

#Komen5KupangKu – Filem reboot SPIRAL nih adalah filem ke-9 di dalam francais SAW yang mula pada tahun 2004 dan mengharumkan nama pengarah James Wan. Daripada tahun 2004 sehinggalah 2010, ada satu sekuel SAW setiap tahun; sebelum francais ini berehat selama 7 tahun dan kembali dengan filem JIGSAW pada 2017.

Sememangnya francais horror SAW ini amat menguntungkan bagi studio Lionsgate kerana 7 daripada 8 filem SAW telah berjaya mengutip lebih daripada US$100 juta di box office sedunia.

Francais Horror SAW (2004-2017)

Persoalan utamanya adalah bolehkah pelakon komedi Chris Rock berjaya mengaut keuntungan yang sama ataupun lebih lagi di pasaran box office sedunia nanti? Ataupun adakah Rock akan kecundang seperti pelbagai reboot pada tahun lepas (Charlie’s Angels, Terminator: Dark Fate, Hellboy)?

Poster Dan Sinopsis SPIRAL: FROM THE BOOK OF SAW

“A sadistic mastermind unleashes a twisted form of justice in SPIRAL, the terrifying new chapter from the book of SAW.

Working in the shadow of an esteemed police veteran (Jackson), brash detective Ezekiel “Zeke” Banks (Rock) and his rookie partner (Minghella) take charge of a grisly investigation into murders that are eerily reminiscent of the city’s gruesome past.

Unwittingly entrapped in a deepening mystery, Zeke finds himself at the center of the killer’s morbid game.”

Sinopsis SPIRAL: FROM THE BOOK OF SAW

Filem SPIRAL: FROM THE BOOK OF SAW bakal ditayangkan oleh TGV Pictures di pawagam seluruh Malaysia mulai bulan Mei 2020.

#SoalanCepumas

Apakah harapan anda untuk filem reboot SPIRAL: FROM THE BOOK OF SAW oleh pelakon komedi Chris Rock nanti?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...