Penulis-pengarah legenda, Jon Favreau menggemparkan pelantar media sosial hari ini apabila dia mengumumkan tajuk dan sinopsis bagi siri tv aksi hidup STAR WARS berjudul ‘THE MANDALORIAN’.

Menurut MakingStarWars.net, musim pertama STAR WARS: THE MANDALORIAN terdiri daripada lapan episod sahaja yang akan diarah oleh lima direktor berlainan.

Tiga direktor ternama akan mengarah dua episod setiap satu – Jon Favreau yang memulakan francais MCU melalui IRON MAN, Alan Taylor yang menfilemkan kebanyakkan episod terbaik dalam siri tv GAME OF THRONES, serta anak didik George Lucas/pengasas siri animasi THE CLONE WARS dan STAR WARS: REBELSDave Filoni!

Masih tiada indikasi siapa akan mengarah dua episod yang tinggal dalam musim pertama.

Siri tv aksi hidup STAR WARS: THE MANDALORIAN bakal menemui anda melalui servis penstriman Disney Play pada tahun 2019 nanti.

#StarWars #TheMandalorian #LiveAction #DisneyPlay #BuzzPopTV

(Sumber: @jonfavreau)

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...