“My sister was the inspiration for the character, the good qualities instilled in the character. The initial inspiration was there, but STARGIRL has taken on a life of her own. She’s her own character now.”
— Geoff Johns, STARGIRL, (March 2020).
Episod DC DAILY hari ini memaparkan wawancara eksklusif bersama penulis komik tersohor Geoff Johns (The Flash, Green Lantern, Aquaman) pencipta watak DC Comics dan penerbit eksekutif untuk siri TV terbaru – STARGIRL! Ikuti disebalik tabir produksi CW ini serta seni daripada komik Stargirl yang belum pernah didedahkan sebelum ini:
- ADIWIRA TERBARU ARROWERSE – Untuk pembaca yang tidak arif, STARGIRL merupakan siri TV terbaru di saluran DC Universe dan The CW/Arrowverse yang menonjolkan adiwira-adiwira remaja daripada realiti alternatif EARTH-2 di mana Green Arrow, The Flash, Supergirl, Batwoman, Black Lightning dan Legends of Tomorrow tidak pernah wujud.
- WATAK PERTAMA CIPTAAN JOHNS – Siri STARGIRL ini mengadaptasikan siri komik STARS AND S.T.R.I.P.E. ciptaan pertama penulis Geoff Johns dengan pelukis Lee Moder yang diterbitkan oleh DC Comics sepanjang 15-isu daripada Julai 1999 sehingga September 2000.
- COSMIC STAFF – Satu kelainan utama adaptasi ini daripada siri komik Stargirl adalah senjata Cosmic Staff di dalam siri STARGIRL mempunyai wataknya yang tersendiri – bagaikan ia mempunyai naluri dan kepintaran untuk menolong Courtney Whitmore mengecapi takdirnya sebagai adiwira Stargirl!
- ERA BARU ARROWVERSE – Dengan pengakhiran siri ARROW tahun ini, siri STARGIRL bertujuan untuk menghembuskan nafas baru kepada semesta The CW/Arrowverse dengan adiwira-adiwira remaja yang baru memulakan karier mereka sebagai penyambung warisan Justice Society of America.
- JUSTICE SOCIETY OF AMERICA – Di dalam episod keempat STARGIRL nanti (tarikh terbit: 9 Jun 2020), Courtney Whitmore bakal menubuhkan kembali Justice Society of America (JSA) versi moden dengan menjemput rakan-rakan persekolahannya – Yolanda Montez, Rick Tyler dan Beth Chapel untuk mengambil alih identiti adiwira – Wildcat, Hourman dan Doctor Midnite!
#Komen5KupangKu – Setakat ini, selepas menonton hanya 2-episod pertama STARGIRL… aku dapat merasai ‘vibe’ adiwira remaja membanteras jenayah dan menyelesaikan kes misteri yang lebih besar ala-ala Mighty Morphin Power Rangers (1993) bercampur Buffy the Vampire Slayer (1997) dan Harry Potter (1997).
Ke mana hala tuju musim pertama siri TV 13-episod ini masih belum didedahkan setakat ini… namun aku agak ‘hooked’ dengan ‘worldbuilding’ dan ‘backstory’ EARTH-2 yang dijanjikan penulis Geoff Johns di penghujungnya nanti!
INJUSTICE SOCIETY OF AMERICA
Apabila Courtney ‘meminjam’ the Cosmic Staff (yang pada asalnya merupakan senjata utama adiwira Starman daripada Justice Society of America), antagonis The Injustice Society of America yang terdiri daripada – Brainwave, Icicle, Wizard, Tigress, Solomon Grundy, Dragon King dan Sportsmaster – kembali mengganas di Blue Valley untuk cuba merampas dan menguasai senjata legenda ini.
Dapatkah Courtney Whitmore/Stargirl dan ahli-ahli terbaru Justice Society of America bersama mentor mereka Pat Dugan/S.T.R.I.P.E. menangkas anasir terkutuk Injustice Society of America serta menyelamatkan Blue Valley daripada ancaman mereka?
#Komen5KupangKu – Setakat ini kita baru melihat antagonis Brainwave dan Icicle berleluasa di dalam 2-episod terawal STARGIRL. Aku harap kita akan dapat menonton keseluruhan anggota Injustice Society seperti The Wizard, Solomon Grundy, Tigress dan Sportmaster kembali untuk memberi ancaman hebat kepada Stargirl serta ahli-ahli terbaru JSA!
Sinopsis STARGIRL
STARGIRL will follow the story of Courtney Whitmore (Brec Bassinger) who is a smart, athletic and above all else kind girl. This high school teenager’s seemingly perfect life hits a major speedbump when her mother gets married, and her new family moves from Los Angeles, California to Blue Valley, Nebraska.
Struggling to adapt to a new school, make new friends and deal with a new step-family, Courtney discovers her step-father has a secret; he used to be the sidekick to a superhero. “Borrowing” the long-lost hero’s cosmic staff, Courtney becomes the unlikely inspiration for an entirely new generation of superheroes!
#SoalanCepumas
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik DC UNIVERSE serta rancangan-rancangan Arrowverse daripada saluran The CW di:
- #TriviaTV – Pandang Pertama Siri TV STARGIRL Daripada ARROWVERSE
- Pandang Pertama THE INJUSTICE SOCIETY OF AMERICA Daripada Siri TV Terbaru Arrowverse STARGIRL
- #TriviaTV – Previu Dua Siri TV Arrowverse Terbaru – STARGIRL dan GREEN ARROW AND THE CANARIES!
- #TriviaKomik – Kenali Asal-Usul Komik CRISIS ON INFINITE EARTHS (1985)
- #TriviaKomik – Kameo Penulis Komik CRISIS ON INFINITE EARTHS Di Crossover The CW Didedahkan!
Apakah harapan anda untuk ahli-ahli terbaru Justice Society of America yang bakal memainkan peranan penting di dalam siri TV Stargirl nanti?
Bincangkan.