“A long time ago in a galaxy far, far away…”

— Opening Intro, STAR WARS, (1977).

Sempena sambutan STAR WARS DAY hari ini, (#MayThe4thBeWithYou) pelantar penstriman Disney+ melengkapkan The Skywalker Saga dengan penawaran filem STAR WARS: EPISODE IX – THE RISE OF SKYWALKER mulai 4 Mei 2020 dan menghiasi paparan menunya dengan seni-seni konsep daripada 4 dekad francais ini di pawagam!

  • THE COMPLETE SAGA – Kini penonton-penonton di pelantar penstriman Disney+ boleh menikmati kesemua trilogi asal, prekuel dan sekuel STAR WARS sekaligus mulai 4 Mei 2020 sempena perayaan STAR WARS DAY!
Seni konsep artis legenda Ralph McQuarrie untuk STAR WARS: A NEW HOPE (1975)
  • CONCEPT ART TAKEOVER- Selain daripada itu sempena STAR WARS DAY, Disney+ juga melancarkan sebuah siri seni konsep bertema STAR WARS sebagai latar belakang kepada paparan aplikasi Disney+ yang menonjolkan lakaran-lakaran disebalik tabir produksi The Skywalker Saga selama 4 dekad francais ini di pawagam.
Seni konsep artis legenda Doug Chiang untuk STAR WARS: THE PHANTOM MENACE (1997)
  • FUTURE THEMATIC DESIGNS? – Untuk pembaca yang tidak arif, ini merupakan rombakan rekaan latar belakang kali pertama untuk pelantar penstriman Disney+, sejak ia bermula pada bulan November 2019. Adakah ini bermaksud bahawa Disney+ bakal mempunyai tema-tema berlainan setiap kali konten baru disiarkan setiap bulan/suku tahun nanti?
Seni konsep artis legenda Ralph McQuarrie untuk STAR WARS: THE EMPIRE STRIKES BACK (1978)
  • LEGENDA SENI STAR WARS – Seni-seni konsep yang dipaparkan di Disney+ berdasarkan lakaran oleh artis-artis legenda STAR WARS seperti Ralph McQuarrie, Jason Palmer, Doug Chiang dan Seth Engström ketika berkerja disebalik tabir produksi untuk filem-filem The Skywalker Saga.
Seni konsep artis berbakat Seth Engström untuk STAR WARS: THE LAST JEDI (2015)
  • 40 YEARS LEGACY – Seni-seni konsep yang dipaparkan menjangkau legasi 40 tahun francais STAR WARS daripada filem “A New Hope” (1977); “The Empire Strikes Back” (1980); “Return of the Jedi” (1983); “The Phantom Menace” (1999); “Attack of the Clones” (2002); “Revenge of the Sith” (2005); “The Force Awakens” (2015); dan “The Last Jedi” (2017) kepada filem “Rogue One (2016)”; “Solo: A Star Wars Story (2018)”; serta siri TV seperti “The Mandalorian (2019)”; “Star Wars: The Clone Wars (2008-2020)”; “Star Wars: Rebels (2014-2018)” dan “Star Wars: Resistance (2018-2020)”.
Seni mural artis berbakat Jason Palmer untuk STAR WARS CELEBRATION 2019

#Komen5KupangKu – Harapan aku sebagai peminat tegar STAR WARS sejak zaman 1990-an lagi adalah francais filem STAR WARS akan kembali berjaya daripada tahun 2022 kehadapan – dengan suntikan tenaga kreatif yang inovatif seperti Kevin Feige, Taika Waititi, Jon Favreau dan Dave Filoni!

Sudah sampai masanya penghancur saga STAR WARS seperti Kathleen Kennedy, Rian Johnson dan J.J. Abrams melepaskan tanggungjawab mereka terhadap masa hadapan francais filem ini... 😉

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan saga STAR WARS di:

Apakah filem The Skywalker Saga yang anda paling minati di dalam sejarah 40 tahun francais STAR WARS?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...