“A long time ago in a galaxy far, far away…”

— STAR WARS, (1977).

42 tahun. 11 filem. US$13.7 bilion. The Skywalker Saga daripada francais filem STAR WARS bakal berakhir minggu ini apabila STAR WARS: THE RISE OF SKYWAKER ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

  • Upacara world premiere STAR WARS: THE RISE OF SKYWAKER dihoskan di Mann’s Chinese Theater, Hollywood Boulevard, Los Angeles – lokasi asal dimana filem STAR WARS: A NEW HOPE mula-mula dipamerkan kepada seluruh dunia pada tahun 1977.
  • Liputan langsung selama 90 minit ini menonjolkan wawancara eksklusif bersama barisan pelakon legenda serta tenaga kreatif berbakat disebalik tabir francais filem STAR WARS selama 42 tahun.
  • Ketika acara ini, pereka kereta Porsche mempamerkan kolaborasi mereka dengan Lucasfilm – kapal angkasa Porsche Tri-Wing S-91X Pegasus Starfighter yang dipaparkan di dalam filem ini.
  • Arkivis Lucasfilm, Madlyn Burkert juga mempamerkan rekaan Sith Trooper serta senjata-senjata dan kostum-kostum unik yang bakal beraksi di dalam sekuel ini.
  • Featurette-featurette eksklusif yang menerokai warisan francais filem ini serta lintas langsung dengan soalan-soalan dan komentar daripada peminat tegar STAR WARS melalui laman media sosial dikepilkan ketika acara ini.

Poster Dan Sinopsis Filem STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER

The surviving Resistance faces the First Order once more as Rey, Finn and Poe Dameron’s journey continues. With the power and knowledge of generations behind them, the final battle commences.

Sinopsis Filem STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER

STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER bakal disiarkan di seluruh Malaysia mulai 19 Disember 2019.

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER:

Apakah harapan anda untuk STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER, penutup The Skywalker Saga dan tunggak francais filem STAR WARS yang berusia 42 tahun?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...