Setahun sekali acara SUPER BOWL terbit di kaca TV di Amerika Syarikat, perjumpaan dua juara daripada divisi yang berlainan – American Football Conference (AFC) dan National Football Conference (NFC) – bertemu bagi menentukan juara terunggul National Football League (NFL) untuk musim ini!
Kerana acara ini adalah waktu paling banyak penonton di dalam kalendar siaran TV di Amerika Syarikat setiap tahun, maka studio Hollywood dan syarikat korporat mengambil kesempatan ini untuk mengiklankan produk dan treler terbaru bagi filem-filem yang bakal ditayangkan pada tahun tersebut – walaupun harga pengiklanan adalah sebanyak US$5 juta untuk setiap 30 saat.
Jom tonton treler SUPER BOWL LIII untuk siri TV GAME OF THRONES sekarang!
Tahun ini, HBO menggunakan strategi berlainan daripada acara-acara Super Bowl yang lepas – mengambil kesempatan untuk berkolaborasi bersama jenama Bud Light untuk mengiklankan kedatangan musim terakhirnya.
Tona TV spot ini lebih bersahaja dan lawak pada mulanya, sebelum bertukar menjadi ganas dan gelap bagaikan treler acah pertama untuk musim terakhir siri TV GAME OF THRONES! Kehadiran The Mountain dan naga kepunyaan Danaerys memang dialu-alukan untuk mengubat rindu – semakin dekat kita hampir kepada musim terakhir siri TV yang disayangi ramai ini.
Siri TV GAME OF THRONES bakal ditsiarkan melalui pelantar penstriman HBO mulai 14 April 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik GAME OF THRONES di www.buzzpop.tv!