Setahun sekali acara SUPER BOWL terbit di kaca TV di Amerika Syarikat, perjumpaan dua juara daripada divisi yang berlainan – American Football Conference (AFC) dan National Football Conference (NFC) – bertemu bagi menentukan juara terunggul National Football League (NFL) untuk musim ini!

Kerana acara ini adalah waktu paling banyak penonton di dalam kalendar siaran TV di Amerika Syarikat setiap tahun, maka studio Hollywood dan syarikat korporat mengambil kesempatan ini untuk mengiklankan produk dan treler terbaru bagi filem-filem yang bakal ditayangkan pada tahun tersebut – walaupun harga pengiklanan adalah sebanyak US$5 juta untuk setiap 30 saat.

Jom tonton treler SUPER BOWL LIII untuk filem FAST & FURIOUS PRESENTS: HOBBS AND SHAW sekarang!

Nampaknya tahun ini, Universal Pictures menggunakan strategi berlainan daripada acara-acara Super Bowl yang lepas – mengambil kesempatan pelakon The Rock yang mempunyai laman media sosial yang gergasi untuk mentularkan treler penuh HOBBS AND SHAW pada 1 Februari 2019 – dan iklan Super Bowl tahun ini sekadar rumusan treler tersebut dalam kepanjangan hanya 60 saat.

Filem FAST & FURIOUS PRESENTS: HOBBS AND SHAW bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 1 Ogos 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik FAST & FURIOUS di www.buzzpop.tv!

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...