Setahun sekali acara SUPER BOWL terbit di kaca TV di Amerika Syarikat, perjumpaan dua juara daripada divisi yang berlainan – American Football Conference (AFC) dan National Football Conference (NFC) – bertemu bagi menentukan juara terunggul National Football League (NFL) untuk musim ini!

Kerana acara ini adalah waktu paling banyak penonton di dalam kalendar siaran TV di Amerika Syarikat setiap tahun, maka studio Hollywood dan syarikat korporat mengambil kesempatan ini untuk mengiklankan produk dan treler terbaru bagi filem-filem yang bakal ditayangkan pada tahun tersebut – walaupun harga pengiklanan adalah sebanyak US$5 juta untuk setiap 30 saat.

Jom tonton treler SUPER BOWL LIII untuk filem THE TWILIGHT ZONE sekarang!

Sekiranya anda peminat tegar siri TV BLACK MIRROR daripada pelantar penstriman Netflix, maka siri TV reboot TWILIGHT ZONE kelolaan penulis-pengarah-pelakon berbakat Jordan Peele (GET OUT, US) ini semestinya wajib tonton untuk anda nanti!

Untuk pembaca yang tidak arif, ‘reboot’ siri TV klasik ini berdasarkan siri TV asal daripada tahun 1958 oleh penulis legenda, Rod Serling yang menggunakan elemen sci fi dan seram untuk mengetengahkan idea-idea sosial yang berat seperti isu perkauman, komunisme dan peranan korporasi di dalam masyarakat.

Siri TV THE TWILIGHT ZONE bakal disiarkan melalui pelantar penstriman CBS All Access mulai 1 April 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik The Twilight Zone di www.buzzpop.tv!

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...