Setahun sekali acara SUPER BOWL terbit di kaca TV di Amerika Syarikat, perjumpaan dua juara daripada divisi yang berlainan – American Football Conference (AFC) dan National Football Conference (NFC) – bertemu bagi menentukan juara terunggul National Football League (NFL) untuk musim ini!

Kerana acara ini adalah waktu paling banyak penonton di dalam kalendar siaran TV di Amerika Syarikat setiap tahun, maka studio Hollywood dan syarikat korporat mengambil kesempatan ini untuk mengiklankan produk dan treler terbaru bagi filem-filem yang bakal ditayangkan pada tahun tersebut – walaupun harga pengiklanan adalah sebanyak US$5 juta untuk setiap 30 saat.

Jom tonton treler SUPER BOWL LIII untuk filem US sekarang!

“It’s…Us!”

Nampaknya TV spot US yang terbaru daripada penulis-pengarah berbakat Jordan Peele kali ini daripada perspektif watak isteri yang dimainkan oleh pelakon Lupita Nyong’o, sedangkan treler pertama yang terbit pada bulan Disember lepas memfokuskan kepada watak suami yang dimainkan oleh pelakon Winston Duke.

Filem US bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 14 Mac 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik Jordan Peele di www.buzzpop.tv!

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...

One reply on “#SUPERBOWL2019 – TV Spot US!”