“My name is Kal-El of Krypton… and I come in peace!”
— Kal-El, SUPERMAN: MAN OF TOMORROW, (2020).
Selepas tempoh tujuh tahun dan 15 filem yang bersangkut paut, DC Animated Movie Universe berakhir pada bulan Mei lepas dengan filem animasi Justice League Dark: Apokolips War. Kini alaf baru DC Animated Movie Universe dimulakan kembali oleh studio Warner Bros. Animation dengan pandang pertama filem animasi Superman: Man of Tomorrow!
- NEW REBOOT – Superman: Man of Tomorrow merupakan pendekatan terbaru DC Animated Movie Universe (DCAMU) yang diarah oleh Chris Palmer (Voltron: Legendary Defender) berdasarkan skrip nukilan Tim Sheridan (The Death of Superman). Gaya animasi Man of Tomorrow sememangnya lain daripada 15 filem WB Animation sebelum ini, dengan teknik cell-shading yang digunakan seiras siri kartun komedi Archer daripada saluran FX. Pendekatan terbaru yang segar ini secocok untuk menceritakan kembali asal-usul Superman bagi generasi baru.
- NEW BLOOD – Pelakon muda Darren Criss (Hollywood, Glee) menyuarakan watak utama Clark Kent A.K.A. Kal-El/Superman, sementara pelakon Zachary Quinto (Star Trek, Heroes) menyuarakan musuh ketat Superman yang legenda, Lex Luthor. Pelakon Alexandra Daddario (True Detective, Percy Jackson) pula bakal menyuarakan watak Lois Lane versi moden. Walaupun baru di dalam industri Hollywood, Criss sememangnya tidak asing lagi dengan adaptasi DC Comics selepas kemunculannya di dalam siri TV Arrowverse Supergirl dan The Flash sebagai antagonis Music Meister!
- NEW ROGUES – Selain daripada Luthor, Man of Tomorrow juga bakal menyinarkan fokusnya kepada dua antagonis Superman yang kurang terkenal: Lobo the Last Czarnian dan Parasite A.K.A. Rudy Jones. Untuk pembaca yang tidak arif, Lobo merupakan seorang pemburu upahan intergalaktik yang menempah namanya dengan membunuh kesemua penduduk lain di planet asalnya, Czarnia – akan dilakonkan oleh Ryan Hurst (The Walking Dead); manakala Parasite pula yang mempunyai kebolehan mencuri life-force daripada apa sahaja jenis organisma – akan dimainkan oleh pelakon Brett Dalton (Agents of S.H.I.E.L.D.).
- NEW MENTOR – Di dalam sejarah DC Comics, Superman merupakan adiwira pertama yang muncul di dalm DC Universe. Namun adaptasi kali ini membawa sentuhan baru yang segar dengan watak Martian Manhunter lakonan Ike Amadi (Mortal Kombat Legends: Scorpion’s Revenge) menjadi makhluk asing pertama yang singgah ke Bumi – berdekad sebelum kedatangan Kal-El! Pelarian terakhir tamadun Marikh ini, bakal memainkan peranan penting sebagai mentor kepada Kal-El. Elemen makhluk pelarian asing bersatu-padu mempertahankan Bumi daripada anasir intergalaktik agak unik… terutamanya ketika zaman pemerintahan Trump di Amerika Syarikat yang penuh xenofobia sekarang!
- NEW CAST – Watak ibu bapa angkat Clark Kent A.K.A. Kal-El/Superman bakal dimainkan oleh pelakon Neil Flynn (Jonathan Kent) dan Bellamy Young (Martha Kent), manakala watak Editor-in-Chief di akhbar Daily Planet, Perry White bakal dilakonkan oleh Piotr Michael. Barisan pelakon lain yang terlibat di dalam produksi ini termasuk Cristina Milizia, Eugene Byrd, April Stewart, Cissy Jones dan David Chen.
#Komen5KupangKu – Walaupun ramai peminat tegar DCAMU terkilan dengan gaya animasi Superman: Man of Tomorrow yang macam langit dengan bumi jika dibandingkan dengan 15 filem animasi DCAMU sebelum ini, namun aku teruja dengan teknik ‘cell-shading’ yang mirip dengan siri kartun komedi Archer ini!
Selepas 7 tahun dihidangkan dengan gaya animasi yang sama, aku sudah bersedia untuk menerokai ‘Brave New World’ yang bakal disajikan oleh WB Animation untuk dekad baru ini… terutamanya dengan pemilihan barisan pelakon baru yang menarik dan amat berbakat.
Poster Dan Sinopsis SUPERMAN: MAN OF TOMORROW
Daily Planet intern Clark Kent takes learning-on-the-job to new extremes when Lobo and Parasite set their sights on Metropolis!
Sinopsis Filem Animasi SUPERMAN: MAN OF TOMORROW
Superman: Man of Tomorrow akan ditawarkan di dalam format video digital versi on demand, pek kombo 4K Ultra, dan pek kombo Blu-ray pada pertengahan tahun 2020.
#SoalanCepumas
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik Superman serta DC Comics di:
- #TriviaKomik – Sejarah 85 Tahun Adiwira DC COMICS
- #TriviaKomik – 5 Fakta Menarik Tentang SUPERMAN: RED SON
- #TriviaKomik – Evolusi SUPERMAN Daripada Komik Ke Pawagam
- #TriviaKomik – Tahukah Anda Bahawa AVENGERS Dicipta Kerana Kejayaan JUSTICE LEAGUE?
- #TriviaKomik – Tahukah Anda SUPERMAN Dan WONDER WOMAN Juga Boleh Menggunakan Mjolnir?
Apakah pendapat anda tentang alaf baru Warner Bros. Animation dengan filem animasi Superman: Man Of Tomorrow?
Bincangkan.