Sejak bulan Mei 2018 lagi, ura-ura menular di laman media sosial seperti Reddit dan Twitter yang mengatakan bahawa pengarah Russo Bros mengesahkan kepada pihak media hanya 2 daripada 6 pengasas kumpulan Avengers akan terselamat di penghujung filem AVENGERS: ENDGAME!

AVENGERS 6 – 6 Pengasas Asal Avengers

Kepada pembaca yang tidak arif, penting untuk difahami bahawa ura-ura/#TeoriBrazil ini tidak sahih dan tidak pernah diucapkan oleh pengarah adik-beradik Russos langsung di dalam mana-mana wawancara bersama media. Sebaliknya ia hanyalah satu lagi teori peminat tegar MCU yang tidak berasas dan telah digembar-gemburkan sejak bulan Mei 2018 sehingga sekarang – daripada ‘rumour’ menjadi ‘realiti’ dalam dunia #FakeNews ini.

#SoalanCepumas – Namun bayangkan seketika jika ura-ura ini benar, siapakah 2 ahli asal Avengers yang anda mahu untuk terselamat di penghujung filem AVENGERS: ENDGAME ?

Secara logiknya, watak Black Widow akan terselamat kerana Marvel Studios sekerang tengah di dalam proses mengusahakan skrip untuk filem solo BLACK WIDOW bagi Fasa Ke-4 MCU. Jadi soalan yang wajar ditanya adalah siapa lagi yang bakal terselamat jika kita bayangkan ura-ura ini adalah benar sekadar sebuah ‘thought experiment’ ?

Bincangkan.

AVENGERS: ENDGAME adalah filem MCU keempat yang diarahkan oleh adik-beradik Russo dan yang ketiga yang memaparkan barisan pelakon yang besar. Ketiga-tiga filem MCU arahan adik-beradik Russo (CAPTAIN AMERICA: WINTER SOLDIER, CAPTAIN AMERICA: CIVIL WAR, AVENGERS: INFINITY WAR) kesemuanya mempunyai skor kritik di RottenTomatoes.com setinggi 85% dan penarafan penonton sebanyak 89% atau lebih – dengan jumlah kutipan box office sedunia sebanyak US$4 bilion!

Diarah oleh Anthony dan Joe Russo, filem ini menonjolkan pelakon-pelakon seperti Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Jeremy Renner, Don Cheadle, Paul Rudd, Brie Larson, Karen Gillan, Danai Gurira, Benedict Wong, Jon Favreau, Bradley Cooper, Gwyneth Paltrow dan Josh Brolin.

Filem AVENGERS: ENDGAME bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 24 April 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik MCU di www.buzzpop.tv!

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...